Jangan Biarkan Malaysia Jadi Seperti Iraq Akibat Propaganda Media Barat Dan Malaysiakini

Share This:

Rakyat Malaysia harus beringat bahawa Wall Street Journal  bukanlah  sumber yang memberikan manfaat kepada Negara malah ianya  satu medium berita yang telah meruntuhkan banyak Negara dengan fitnah yang disebarkan

Mempercayai akhbar  barat ini terutama  Wall Street Journal seakan  menempa  malapetaka untuk Negara. Dakyah dan fitnah yang disebarkan adalah bertitik tunjang untuk meruntuhkan sebuah Negara dan  tidak lebih kepada itu.

Hari ini media-media Yahudi tersebut sudah bertapak di Malaysia dan berupaya membina legasi mereka sendiri di sini.

Malaysiakini, Malaysian Insider & The Edge merupakan rangkaian media Yahudi yang mendapat sokongan daripada WallStreet Journal, AFP, CNN dan BCC.

Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk meragui segala maklumat yang disiarkan oleh Wall Street Journal ini memandangkan sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan yang telah dicipta oleh mereka

Kita selama ini telah melihat bagaimana runtuhnya beberapa buah  Negara angkara fitnah yang dimainkan oleh akhbar ini, apabila rakyat Negara tersebut terpengaruh dan mengambil tindakan menumbangkan kerajaan mereka sendiri akibat fitnah Wall street Journal.

Tidak dapat dinafikan lagi , bahawa sebagai rakyat Malaysia harus berhati-hati menerima sebarang berita dari media barat dan biarlah pihak pembangkang mengunakan  media pemfitnah ini sebagai sumber rujukan mereka tetapi sebagai rakyat kita seharusnya tidak mempercayainya.

Begitu juga yang berlaku ke atas Malaysia, dimana pihak pembangkang terus mengunakan Wall Street Journal sebagai medium menyebarkan fitnah dengan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan sebagaimana contoh diatas tadi.

Wall Street Journal (WSJ) telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan pimpinan UMNO sejak beberapa dekad – kini tokoh-tokoh Amerika Syarikat (AS) menyatakan WSJ menjual berita palsu.

Selama beberapa dekad, Wall Street Journal telah menyerang kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menepis berita palsu, pembohongan bermotivasi politik dan penyelewengan yang diterbitkan oleh WSJ.

Akhbar propaganda Israel itu menyasarkan kerajaan pimpinan UMNO yang memegang tampuk kepimpinan di Malaysia.  WSJ telah mengutuk kerajaan pimpinan UMNO kerana menyokong pembangunan orang Melayu serta kaum-kaum lain di negara ini.

WSJ berhasrat mengenakan agenda ekstremis sekular liberalnya sendiri di Malaysia, dan telah memperlihatkan pilih kasih yang terang-terangan terhadap pembangkang semenjak sekurang-kurangnya 19 tahun yang lalu.

WSJ sebelum ini pernah dikritik hebat oleh Gabenor Wisconsin, Scott Walker yang menyifatkan portal berkenaan terlalu lantang mengkritik realiti undang-undang imigresen negara itu.

Menyelusuri kejadian yang berlaku diserata dunia, apakah rakyat Malaysia tidak mempunyai deria rasa untuk menilai apa yang telah dilakukan oleh Wall Street Journal terhadap Negara yang telah menjadi mangsa fitnahnya.

Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah portal antarabangsa pada April lalu, Walker dipetik sebagai berkata, pandangannya terhadap undang-undang imigresen dan kewarganegaraan AS amat mudah dan media seperti WSJ ‘tidak tahu apa-apa ‘ dalam undang-undang imigresen.

Sementara itu, pada tahun 1985, 1989 dan tahun 2008, bekas Presiden Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dilaporkan pernah mengambil tindakan undang-undang ke atas agensi berita itu selepas didapati menyebarkan laporan palsu.

Pada tahun 1985, WSJ didapati bersalah kerana menghina mahkamah dan badan kehakiman Singapura, menyebabkan mereka terpaksa membayar sejumlah pampasan.

Pada tahun 1989, portal itu sekali lagi terlibat dengan saman fitnah yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap mahkamah dan institusi kehakiman, menyebabkan mereka terpaksa membayar pampasan kepada beliau.

Pada September tahun 2008, WSJ sekali lagi tewas dalam saman yang dikenakan ke atasnya, menyebabkan portal tersebut terpaksa membayar S$25,000 (RM70,175.80) kepada Kuan Yew.

Justeru itu rakyat Malaysia seharusnya matang  dan bukan menerima  bulat-bulat berita yang bakal menghancurkan Negara ini dengan  bantuan  media asing yang diupah oleh pihak pembangkang. Seharusnya rakyat Malaysia terus mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.

Sesungguhnya Wall Street Journal adalah musuh alaf baru dalam media dimana  Wall Street Journal merupakan penganas mata pena yang  boleh menghancurkan sesebuah Negara dengan dakyah yang disebarkan.

Sayangi Malaysia, hindarkan dari ancaman fitnah pembangkang yang berpaksikan barat untuk menghancurkan kedaulatan Negara ini.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*