Himpunan Anjuran Pakatan Harapan Tiada Makna, Hanya Untuk Tutup Malu

Share This:

Selepas saman Jabatan Kehakiman (DOJ) yang terbaru menuju ke arah kegagalan sekali lagi, kemelut dalam Pakatan Harapan (PH) tidak ada petanda akan berakhir malah makin buruk, pembangkang sekali lagi guna taktik anjur perhimpunan haram untuk tutup malu dan jaja cerita bohong.

Dengar cerita, pembangkang hendak anjurkan Himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi kononnya reaksi pembangkang kepada saman sivil itu.

Idea untuk adakan himpunan datang selepas pendaftaran PH sebagai satu gabungan rasmi tertangguh lagi entah untuk berapa lama sampai logo pun pembangkang tidak boleh siapkan.

Pihak DOJ tidak pernah menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam saman itu tetapi perkara itu akan digunakan oleh pembangkang untuk mengulang laungan bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut di dalam saman itu adalah beliau.

Dek kerana hendak alihkan kebosanan penyokong mereka yang sudah muak dengan pembangkang yang teruk, mereka pun gunakan perhimpunan sebagai modal sekali lagi untuk raih sokongan dan simpati.

Sudah banyak himpunan diadakan antaranya Bersih dan Himpunan Anti-GST tapi semua tidak berhasil malahan kehadiran yang datang semakin merosot setiap tahun.

Cadangan himpunan tutup malu itu dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di Parlimen semalam.

Ia dirancang akan diadakan pada September depan ia merupakan sebahagian rancangan yang diatur oleh Jawatankuasa Bertindak 1MDB yang baru dibentuk pakatan tidak berdaftar itu.

PH patutnya selesaikan masalah pendaftaran mereka baru sibuk hendak buat itu dan ini tetapi mereka tinggalkan yang itu kerana tidak boleh selesai, kemudian mereka buat masalah lain pula.

“Kita nak pergi kepada rakyat. Kadang-kadang rakyat tidak berasakan isu 1MDB ini ada kaitan dengan mereka,” kata Wan Azizah.

Sudah berkali-kali pembangkang pergi kepada rakyat untuk tipu rakyat bukan untuk perjuangkan nasib rakyat. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*