Halalkah Babi Di Mata Pemimpin Pakatan Harapan Jika DAP Mengarahkannya?

Share This:

Islam yang mereka lacurkan untuk kepentingan politik dan menipu rakyat selama ini bakal menjadi senjata makan tuan. Bala Tuhan sedang menimpa parti ini.

Selama ini mereka permainkan ayat-ayat suci Al Qur`an sebagai slogan mereka menipu rakyat, mereka persenda dosa dan pahala, mereka permainkan syurga dan neraka dan akhirnya hari ini dosa mereka terhadap agama, bangsa dan Negara sedang dihitung satu persatu.

PAN dan PKR serta PPBM  terlalu banyak dosanya pada rakyat negara ini dan sebagai pemimpin, kepimpinan PAN dan PKR  terlalu banyak menjadi punca masyarakat Melayu Islam berpecah belah.

Kepimpinan PAN dan PKR  terlalu banyak memperlekehkan agama, mencerca UMNO yang berkongsi kuasa dengan MCA serta MIC  walaupun dalam satu gabungan yang diluluskan oleh ROS.

Namun dipihak pakatan pula  mereka  hanya bergabung diatas dasar sahaja dan mengunakan logo masing-masing  didalam PRU. Bukan kah ini satu penipuan terhadap rakyat yang mana kita melihat terdapatnya kepentingan peribadi berlaku disitu.

Diibaratkan seperti memasak daging kawah dan di dalamnya ada dua ketul daging babi dan menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong Pakatan Harapan mereka adalah rakyat yang bersekongkol dengan UMNO dan orang Melayu yang lain adalah manusia yang menjahanamkan Negara ini.

Jika secara kasarnya kita lihat apa yang diperjuangkan PAN PKR DAP serta PPBM sekarang? Melayu? Agama? Negara atau membawa masuk rakyat yang sememangnya dah  bodoh dalam percaturan politik  ke dalam situasi yang hanya mereka diatas sahaja yang tahu.

Walaupun khinzir sekali pun dinobatkan sebagai makanan halal sudah pasti penyokong PAN, PPBM dan PKR akan menghalalkannya demi surah yang dikeluarkan oleh Khalifah mereka  DAP yang mana tidak boleh di sanggah lagi. Ini lah segerombolan orang yang tidak berbangsa  perjuangkan.

Dalam membicarakan soal perjuangan, kita mahu bertanya secara Ilmiah dan rasional, apakah  yang sedang diperjuangkan PAN, PPBM dan PKR sekarang, hanya isu yang dibangkitkan oleh DAP sahaja untuk menyerang UMNO atau Barisan Nasional?

Sejak dahulu  amat jelas dasar-dasar yang diperjuangkan oleh PAN, PPBM dan PKR serta DAP hanya berkisar kepada  jawatan dan kuasa yang mahu mereka rebut. Mereka  terus menggunakan isu sebagai senjata , soal benar atau salah, soal bersekongkol dengan Negara lain atau tidak, mereka tidak pedulikan.

Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat.

Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.

Apa yang saya perkatakan di sini ialah, keadaan sebenar  yang telah mencelarukan penyokong yang cetek ilmu politik- Maklumat mereka hanya lah  ceramah bukan dari hasil kajian politik dengan berdasarkan fakta-fakta  yang terserlah di merata laman web seluruh dunia.

Dalam hal ini DAP  hanya membiarkan segalanya mengikut rancangan , DAP akan pastikan Pakatan Harapan menang dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang dari DAP akan jadi Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan. Lepas seketika Anwar akan dijumudkan

DAP akan bersetuju apa sahaja yang dibawa oleh Anwar  walaupun perkara yang melibatkan hal-hal keagamaan,  persetujuan demikian akan menyebabkan keyakinan Penyokong PAN. PPBM dan PKR  terhadap apa yang dibawa oleh Anwar

Adakah ini wajah Pemimpin Islam yang wajar di sanjung? Apakah keistimewaannya? Islam Liberal, Anwar adalah rakan baik Gus Dur dan Ulil Abshar Abdalla, watak utama Jaringan Islam Liberal di Indonesia.

 

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*