Ahli DAP Mengaku, Partinya Hanya Jual Imej Anwar Untuk Raih Sokongan

Share This:

Seorang ahli DAP mengaku bahawa bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya digambarkan sebagai mangsa Barisan Nasional (BN) dengan niat menjual imej seakan-akan teraniaya berkenaan demi meraih sokongan kepada pembangkang ketika itu Pakatan Rakyat (PR).

Dalam satu surat seorang ahli DAP, Mahdzir Ibrahim iaitu Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, dalam portal Malaysiakini menyatakan lebih 10 tahun imej Anwar sebegitu laku dijual dan berjaya.

“Contoh terbaik, Anwar. Lebih 10 tahun imej Anwar sebagai mangsa kekejaman BN laku dijual atau berjaya mengolah sokongan rakyat.

“Tetapi hari ini, generasi yang lahir pada era 1990-an yang kini sudah layak mengundi, tidak dapat membeli imej tersebut,” katanya dalam surat itu.

Mahdzir dalam surat itu mengkritik pula Presiden PAN, Mohamad Sabu sebagai bukan seorang tokoh yang setanding seperti Anwar dan pada masa ini tidak staraf dengan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad.

Dengan nada menyindir, dia berkata bahawa Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebenarnya tidak popular seperti Mahathir dan Anwar.

Kata dia, ketokohan Mat Sabu tidak ada seperti kedua-dua pemimpin berkenaan biarpun. Biarpun ciri-ciri itu tidak penting tapi ia perlu untuk menjadi seorang pemimpin di dalam pakatan pembangkang kini iaitu Pakatan Harapan (PH).

Mahdzir turut mengkritik PAN masih menggunakan cerita bahawa mereka adalah mangsa politik hubungan mesra PAS dan UMNO kerana cerita itu sudah tidak laku dijual sama seperti cerita Anwar.

Sebenarnya selain mengkritik PAN dan menyindir Presidennya, wakil DAP ini hendak memberitahu bahawa DAP sebenarnya adalah parti yang berkuasa mutlak dalam PH bukannya parti lain mahupun PKR atau PPBM.

Tanpa dipilih, DAP mahu diketahui berkuasa dan utama dalam PH serta parti-parti lain dalam Pakatan kena ikut cakap DAP dan pemimpinnnya. Kalau Mahathir jadi Pengerusi PH pun, dia pun kena ikut cakap DAP jugak.

Kalau Anwar jadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang, dia pun kena patuh arahan DAP jugak. – pru14.tv

 

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*