Serangan Siber Jejas Syarikat Gergasi Minyak, Harga Dijangka Jatuh Lagi Malam Ini

Share This:

Harga minyak dijangka turun lagi malam ini berikutan perkembangan baru minyak dunia. Pengeluar utama minyak di Rusia, Rosneft menyatakan satu serangan siber berskala besar melanda servernya hari ini (27 Jun) dan sistem komputer di beberapa bank dan lapangan terbang utama di kejiranan Ukraine juga terjejas.

Sebuah firma yang berpangkalan di Moscow, Group-IB menyatakan serangan itu kelihatan seperti diselaraskan secara serentak menyasarkan mangsa di Rusia dan Ukraine.

Di Copenhagen pula, sebuah syarikat perkapalan global, A.P Moller-Maersk menyatakan ia mengalami masalah sistem komputer yang terputus disebabkan oleh serangan siber meskipun masih belum jelas sama ia ada kaitan dengan serangan di Rusia.

Salah sebuah firma, di Rusia, yang menurut Group-IB, turut diserang adalah Damco, iaitu syarikat logistik Maersk.

Gangguan terbaru itu menyusuli beberapa percubaan menggodam lelaman negara di Ukraine pada lewat tahun 2016 dan serangan berulang terhadap bekalan tenaganya yang menyebabkan para ketua keselamatan menggesa supaya pertahanan siber diperkukuh.

Rosneft, yang juga salah satu pengeluar terbesar minyak mentah dunia dari segi isi padu, menyatakan penghasilan minyak tidak terjejas.

“Server syarikat terjejas akibat serangan penggodaman,” menurut syarikat itu di laman Twitternya.

“Penggodaman itu boleh menimbulkan kesan serius, namun syarikat kami sudah berpindah kepada sistem pemprosesan simpanan penghasilan minyak dan pengeluaran minyak mahupun penapisan menyak tidak dihentikan.”

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*