Bayaran Consultancy Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng, Kenyataan Adun DAP Makin Bercanggah

Share This:

Sehubungan dengan kenyataan YB Chow Kon Yeow pada 24 Jun 2017 dalam usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempertahankan bayaran perundingan kepada Zenith Construction yang dikatakan 400% lebih tinggi dari skala dibenarkan; YB Chow telah menyatakan bahawa jumlah RM177.5 juta yang telah dibayar sepenuhnya itu adalah termasuk bayaran bagi Kajian DEIA.

Ini adalah bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh YB Lim Hock Seng semasa menjawab soalan saya di Sidang DUN yang lalu.

Oleh itu saya mohon YB Lim Hock Seng memperjelaskan samada kenyataan yang dibuat oleh rakannya YB Chow Kon Yeow adalah betul dan benar atau jawapan beliau kepada soalan saya di Sidang DUN pada 22 Mei 2017 adalah betul dan benar?

Sekiranya kenyataan YB Chow Kon Yeow adalah betul dan benar, maka YB Lim Hock Seng telah memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan perlu dikenakan tindakan kerana telah mengelirukan DUN dengan memberikan maklumat yang tidak benar dan betul.

YB Datuk Sr Muhammad Farid Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*