Tak Nak Kawin Dengan Tunang, Anak Tawar Seks Kepada Bapa

Share This:

Pada Isnin semalam, mahkamah Hong Kong menyatakan bahawa anak tawar seks kepada bapa, sebab tak nak kahwin dengan tunang. Seorang perempuan dituduh melakukan sumbang mahram dengan menawarkan seks kepada bapanya kerana dia enggan berkahwin dengan tunangnya.

Memetik laporan South China Morning Post, Mahkamah Negeri sebelum ini diberitahu bahawa tertuduh yang kini berusia 26 tahun telah melakukan dua kali hubungan seks dengan bapanya dalam kejadian itu.

Laporan psikologi peguam tertuduh yang dipetik pada 29 Mei lalu mendedahkan bahawa insiden tersebut berlaku selepas bapa tertuduh, seorang pengamal perubatan Cina telah mengatur perkahwinan gadis itu dengan tunangnya.

Peguam bela berkata, gadis itu dalam keadaan terdesak selepas ‘kehilangan’ kasih sayang ibunya.

“Dia menawarkan untuk melakukan hubungan seks (dengan bapanya), dengan harapan bapanya akan mengubah fikiran (membatalkan perkahwinan),” peguam itu berhujah.

Laporan tersebut menambah, kedua-dua hubungan seksual antara tertuduh dan bapanya itu timbul akibat perasaan “cinta yang tidak kena tempat, keberahian dan ketaatan kepada ayahnya”.

Dua beranak itu – yang dirujuk sebagai C.C.M bagi melindungi identiti dan bapanya yang berusia 58 tahun, C.P.K, sebelum ini mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan sumbang mahram.

Hakim Timothy Casewell meminta laporan pegawai akhlak untuk mengkaji kemungkinan hukuman bukan tahanan terhadap gadis itu, tetapi enggan mengeluarkan arahan yang sama terhadap bapa tertuduh.

“Keadaan ini adalah berbeza,” kata Casewell.

“Pertimbangan ini adalah berbeza.”

Perbuatan sumbang mahram itu terbongkar apabila adik lelaki tertuduh, yang ketika itu bersekolah menengah menemui rakaman seks antara kakak dan bapanya, dan kemudian menghubungi pihak polis.

Peguam bela gadis itu meminta mahkamah untuk membezakan kes tersebut daripada melibatkan ibu bapa dan kanak-kanak di bawah umur, yang mana beliau mengatakan kes itu melibatkan pecah amanah.

“Kes ini sangat luar biasa,” katanya.

Sebelum kes itu dibawa ke mahkamah, katanya, gadis terbabit pernah cuba untuk memberitahu pihak pendakwa raya bahawa dia akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesalahan supaya ayahnya dapat dibebaskan.

“Itu menunjukkan sejauhmana ketaatan dan keberahian defendan terhadap bapanya,” kata peguam bela itu.

Peguam itu meminta hakim untuk mengambil kira ketaatan anak perempuan terhadap seorang bapa, sambil memberi jaminan bahawa peluang untuk kesalahan tersebut berulang adalah rendah.

“Ia tiada sebab lagi untuk masyarakat menghukum dia,” ujarnya, sambil menambah bahawa apa yang diperlukan anak guamnya adalah bantuan.

Dalam pada itu, mahkamah turut mendengar keterangan adik lelaki tertuduh, seorang yang mengalami kemurungan, yang telah menghubungi polis kerana dia tidak mengetahui bahawa kakaknya sudah brsetuju untuk melakukan hubungan seks tersebut.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*