Selepas PPBM, PKR, Kali Dalam DAP Pun Bergolak

Share This:

Selepas PPBM dan PKR ada masalah dalaman melibatkan kepimpinan parti dan masalah, kali ini DAP pula ikut sama apabila dua orang individu penting di dalam parti itu mula ada masalah sesama sendiri menjadikan pergolakan berlaku.

PPBM dengan isu ramai ahli isytihar keluar parti, PKR pula bermasalah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba umum tak nak jadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), DAP bergaduh pula sesama sendiri.

Sengketa berlaku antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw.

Dr Tan yang sudah 36 tahun menduduki kerusi Parlimen Kepong sejak akhir-akhir ini banyak mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan prinsip DAP dan dilihat menyebelahi Barisan Nasional (BN) kerana beliau ada ketikanya memihak kepada kumpulan yang benar.

Dia ada kritik soal kehijauan terhakis, masalah perumahan dan pekerjaan di Pulau Pinang menggunakan laman sosial Facebooknya.

Baru-baru ini juga, sebagai seorang dari anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengakui siasatan yang dijalankan oleh pihak mereka tidak mendapati sebarang salah laku atau ada wang sudah dilenyapkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berkenaan Dr Tan, alasan yang diberikan oleh Guan Eng tidak logik sama sekali apabila mengatakan bahawa dia tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

“Kita akan tangani hal beliau secara dalaman,tapi beliau tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini,” itu kata Guan Eng dalam sidang akhbar.

Bagi Dr Tan, dia sentiasa mudah dihubungi khususnya oleh para pengamal media.

Ada drama yang sedang dimainkan oleh DAP untuk tidak terlalu mendedahkan konflik dalaman parti yang sedang berlaku pada ketika ini.

Sampai sebab yang diberikan pun tidak masuk akal.

Dek kenyataan yang banyak menentang prinsip jahat DAP, kini Dr Tan mungkin akan diambil tindakan oleh DAP kerana dalam struktur parti, Guan Eng adalah ketua dan Dr Tan adalah sekadar orang lama dalam DAP.

Sekarang, Setiausaha Agung DAP bakal berdepan perbicaraan mahkamah kerana rasuah, bergolak pula dengan Dr Tan. Makin teruk konflik dalam pakatan pembangkang sekarang. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*