Bergaduh Punca Lelaki Maut Ditetak

Share This:

Baru-baru ini, seorang lelaki ditemui mati ditetak dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja.

Dalam kejadian kira kira jam 5.15 petang, mangsa berusia awal 20an ditemui lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi menyatakan bahawa sebelum mayat mangsa ditemui polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku satu pergaduhan berhampiran tapak pasar tani Pangkalan Nyireh.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai ditetak.

“Mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dipercayai ditetak dengan senjata tajam.

“Motif kejadian belum dikenalpasti dan butir butir mangsa belum diperolehi. Mayat mangsa dihantar oleh ke Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.

Oleh itu, polis sedang giat melancarkan gerakan mengesan suspek.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*