United Sepakat Dengan Talisca

Share This:

MANCHESTER United dikabarkan telah mencapai kesepakatan  dengan Anderson Talisca berhubung perpindahannya ke ke Old Trafford pada musim panas ini.

Talisca sebelum ini pernah disebut-sebut menjadi buruan pesaing United, Liverpool dan dia nyaris ke Anfield tetapi akhirnya gagal kerana ia tidak mendapatkan pelepasan untuk meneruskan karier di kelab Inggeris.

Talisca juga sudah lama menjadi pemain yang diburu Jose Mourinho. Dia  dikatakan sudah mengintai pemain itu sejak menjadi pengurus Chelsea.

Minatnya terhadap Talisca tidak berbubah dan terbaru Mourinho disebut telah berjaya mendapatkan penyerang berusia 23 tahun itu.

Menurut laporan AMK, United sudah mencapai kesepakatan dengan Talisca tetapi perlu berunding dengan Benefica.

Kelab Portugal itu dilaporkan sangat berat untuk melepaskan Talisca tetapi mereka juga dikatakan bersedia melepaskannya dengan nilai minima 22 juta pound.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*