Tindakan Syed Saddiq Bakal Cemar Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Share This:

Tindakan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyuruh rakyat menjaja cerita bohong berkaitan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) kepada keluarga ketika pulang ke kampung jelas niat mencemarkan perayaan Aidilfitri dan menghasut rakyat.

Syed Saddiq menghasut supaya rakyat berborak berkenaan isu itu biarpun dalam saman sivil DOJ itu sendiri tiada sebarang dakwaan yang terbukti benar dan ia tidak dibawa ke sebarang perbicaraan pun lagi.

Tindakan beliau hanyalah mahu cerita palsu yang belum terbukti itu tersebar ke seluruh negara dan persepsi tidak betul kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam saman sivil DOJ yang terbaru, jutawan, Low Taek Jho didakwa menggunakan sejumlah wang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membeli 28 barang kemas yang dihadiahkan kepada Rosmah termasuk seutas rantai berlian merah jambu berharga RM116 juta.

Soalnya, senarai ini hanya ada di dalam laporan portal Malaysiakini dan bukannya dalam dokumen saman sivil DOJ berkenaan yang setebal 251 muka surat.

Dengan berbual mengenai isu politik melibatkan dakwaan yang tidak benar hanya akan mencemarkan suasana perayaan Aidilfitri tambahan jika ada sebahagian ahli keluarga yang akan mempertahankan Perdana Menteri dan isteri dalam isu itu.

Satu lagi, bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin pula mendedahkan bahawa gambar berlian yang disebarkan dalam media sosial mengatakan ia adalah berlian yang palsu dan bukan gambar sebenar.

Anina sendiri tahu dalam dokumen DOJ, mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang gambar berkaitan rantai berlian merah jambu itu.

“Atas landasan perjuangan berani kerana benar, saya ingin menyeru kesemua pihak untuk segera menghentikan penyebaran gambar-gambar yang tidak pasti kesahihannya ini bagi mengekalkan integriti dan prinsip kejujuran yang diperjuangkan oleh kita iaitu ‘fakta bukan auta’ dan matlamat tidak menghalalkan cara.

“Janganlah kita cemarkan Ramadan dan perjuangan berani kerana benar ini dengan fitnah yang boleh merosakkan ummah dan amalan kita di bulan suci ini,” katanya.

Bukannya Anina tidak tahu ketika dia di dalam PPBM, berapa banyak fitnah yang dibuat ke atas Najib khususnya dari Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad yang tidak berhenti langsung memfitnah Najib dan seluruh kabinet termasuk ahli keluarganya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*