Senarai Barang Kemas Di Malaysiakini Hanya Mainan Persepsi

Share This:

Senarai barang kemas yang dipaparkan portal Malaysiakini yang didakwa dibeli oleh Low Taek Jho sebagai hadiah kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor didapati tiada di dalam senarai aset yang mahu dirampas oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) dalam saman sivil mereka.

Senarai itu termasuk seutas rantai berlian merah jambu 22 karat berbentuk hati yang dikatakan dihadiahkan kepada beliau berharga RM116 juta.

Ada lagi 27 barang kemas 18 karat lain didakwa oleh DoJ dibeli melalui dana yang diambil dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semuanya tiada dalam dokumen saman itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataan pada 18 Jun lepas mengesyaki ada agenda politik jahat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

“Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu terbabit dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat perlu mendedahkan identiti mereka agar Malaysia mengesahkan apa kaitan pengadu dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,” kata Abdul Rahman dalam Malaysiakini.

Selain itu, tindakan ulangan DoJ selepas kali pertama pada 20 Julai 2016, dibuat untuk mewujudkan persepsi seolah-olah isteri Perdana Menteri terlibat dalam salah laku.

Abdul Rahman dalam Malaysiakini semalam, mempersoalkan apa keperluan DoJ untuk mengaitkan individu itu jika DoJ tidak bercadang untuk merampas 28 barang kemas yang ada dalam senarai berkenaan.

“Kamu (DoJ) sindir dan kamu beri gambaran seolah-olah Datin Seri Rosmah dan berlian itu buat sesuatu yang salah, tapi dalam dokumen yang diserahkan, kamu tak masukkan pun berlian itu sebagai satu harta yang hendak dirampas.

Betapa liciknya konco-konco Mahathir memainkan peranan dalam hal ini sampai ke tahap mereka mempengaruhi DoJ untuk melakukan perkara seperti ini kepada Malaysia.

 

Banyak pihak sudah tahu siapa dalangnya dan siapa yang menyediakan dana untuk diberikan kepada pihak tertentu supaya mempengaruhi DoJ meneruskan saman sivil ini tetapi tidak akan ada sebarang perbicaraan di mahkamah.

Sudahlah nama pengadu tidak didedahkan, DoJ pula berselindung dalam helah tidak menamakan Najib sebaliknya hanya menggunakan gelaran Malaysian Official 1 (MO1) dalam hal ini. Jika benar semua butiran dan bukti sudah lengkap, segera namakan siapa sebenarnya yang terlibat atau siapakah MO1 dan bukan terus bersandiwara seperti sekarang.

Mereka reka cerita itu ini, lakar gambarajah, buat gambaran dokumen, kemudian wujudkan persepsi tidak baik untuk menjatuhkan kerajaan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*