Sandiwara Pembangkang Antara TPPA Dan DoJ

Share This:

Apabila menyebut tentang Amerika Syarikat, pasti ada dikalangan rakyat Malaysia yang akan mengaitkan negara berkenaan dengan pelbagai masalah yang sedang melanda dunia hari ini. Mungkin juga ada benarnya kerana sejak hampir seabad lamanya, Amerika sentiasa menjadi susuk-susuk jahat yang sering mengganggu gugat ketenteraman dunia menerusi ejen utamanya, Israel.

Namun begitu, disebalik pelbagai imej negatif yang terpapar mengenai Amerika, negara berkenaan tetap dijadikan rujukan utama buat pembangkang di negara ini. Rujukan yang dimaksudkan adalah gerakan untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerusi pelbagai agensi dan media di negara berkenaan.

Menariknya, dalam beberapa hal seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tahun lalu memperlihatkan betapa mereka cukup mengecam perjanjian yang diatur oleh Amerika Syarikat ini. Dakwa pembangkang, perjanjian ini bakal meletakkan Malaysia berada di bawah telapak kaki Amerika dan negara telah menggadaikan maruah dan kedaulatan kepada Amerika.

Namun begitu, nada ini berubah sebaik sahaja ada yang menguntungkan mereka seperti mana yang berlaku terhadap dakwaan Jabatan Keadilan Amerika (DoJ). Minggu lalu, DoJ dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa terdapat penyelewengan dan penggubahan wang haram telah berlaku di dalam urusniaga 1MDB.

Apabila DoJ mengeluarkan kenyataan sebegini, walaupun tanpa sebarang tindakan memfailkan kes ini ke mahkamah, ianya seolah-olah disambut dengan penuh syukur. Malah, laporan media seperti The Wall Street Journal yang seluruh dunia sedia maklum akan menyiarkan berita mengikut upah yang mereka terima, disambut bagaikan sekeping wahyu yang turun dari langit.

Bermodalkan pelbagai dakwaan sebegini, mereka menjadikan kenyataan DoJ dan pelbagai laporan fitnah yang dilemparkan oleh WSJ sebagai modal untuk menumbangkan kerajaan. Lihat sahaja bagaimana Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan kenyataan dan laporan ini sebagai senjata utamanya untuk menyerang kerajaan.

Walhal, pada masa yang sama, dia sendiri turut terpalit dengan skandal BMF dan Forex yang kertas siasatannya masih berjalan sehingga kini. Malah, keadaan partinya sendiri juga tidak menentu apabila ada diantara ahlinya sudah mula mempersoalkan kekayaan luar biasa anak-anaknya.

Namun, bagi Mahathir, semua itu tidak penting. Apa yang penting cubaannya mengheret Amerika mencampuri urusan negara dan menjatuhkan kerajaan, jauh lebih utama. Seperti yang didedahkan oleh Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hasil bayaran yang dibuat oleh kuncu-kuncu Mahathir kepada kem Hillary sebanyak RM 50 juta inilah yang menyebabkan DoJ mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang bukti.

Lihat betapa “double standard” cara mereka melayan Amerika. Apabila Amerika membawa idea TPPA atau sebarang kerjasama strategik dengan Malaysia, mereka akan menuduh, Datuk Seri Mohd Najib menggadaikan Malaysia. Tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Amerika hanya untuk kepentingan peribadi mereka sahaja. Cukup memalukan!

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*