Risau Dijangkiti HIV, Ibu Bunuh Dan Campak Bayi Ke Dalam Sungai

Share This:

Seorang wanita penghidap HIV dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Agung Utara Jakarta.

Wanita yang dikenali sebagai LM itu bersalah membunuh bayinya yang baru dilahirkan di sebuah tandas awam di Tanjung Priok, Jakarta Utara.

Selepas melemaskannya, wanita tersebut kemudiannya mencampakkan mayat bayi malang itu ke dalam sungai.

“Dia membuat begitu kerana khuatir anaknya terkena jangkitan HIV dan menjalani hidup yang sukar,” kata peguamnya, Albert Wirya dari Perkumpulan Lembaga Bantuan Hukum Masyarakat (LBH).

Menurut laporan Detik News, mahkamah mendakwa LM telah menyalahi Perkara 341 Kanun Jenayah berkaitan dengan pembunuhan anak.

“Kami mendapati undang-undang untuk menyabitkan LM adalah tepat, tetapi tidak menghormati keputusannya (membunuh bayi itu).

“Hasil siasatan ke atasnya adalah benar dan adil, tetapi saya kesal kerana polis tidak menangkap suaminya yang juga bersalah kerana melakukan penderaan,” kata Alber

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*