Kami Puja, Dia Keluar

Share This:

Hari ni, aku nak kongsikan kisah aku dgn sepupu aku dua orang yang tak serik lagi join bebudak laki ni main ‘ spirit of the coin ‘. Aku nak nyatakan kisah ni benar dan memang berlaku dan tinggalkan kesan yang agak lama nak hilang dari kita orang. Panjang sikit ye kisah ni sebab malam yang aku lalui benda tu pun rasa panjang sangat.

Kisah dia bermula bila aku dengan sepupu aku yang Ayra tu yang sebelum ni kononya hantu kebun pisang ni tengok video pemujaan hantu dalam youtube. Video tu memaparkan bebudak sekolah puja hantu melalui duit syiling. Jadi aku dengan Ayra ni tunjuk la video ni kat sepupu kita orang Lisa. Yang si Lisa ni pun gedik pergi tunjuk kat bebudak lelaki. Mula dari tu aku nampak macam kita orang ni mula obses dengan benda ni, setiap hari ulang tengok benda yang sama sampai dah pasang niat nak main benda ni.

Nak dijadikan cerita hari khamis malam jumaat, padang depan rumah aku ada forum perdana tapi aku tak pergi pun sebab sibuk melepak tengok tv dengan Lisa dan Ayra. Masa tu ibu aku tak ada kat rumah pergi kursus jadi lagi seronok la aku bermaharajalela kat rumah. Lagi panjang la langkah tu lagi teruk la perangai nya ..

Tengah syok tengok tv tetiba bebudak laki ni datang rumah kecoh dok panggil aku keluar. Bengang betul la. Sekali bebudak ni tunjuk duit syiling petak lama dari zaman apa pun tak tau. Memang epik betul duit syiling tu hahaha. Aku pun macam jakun jap tengok. Tetiba yang si Wan ni gatal sangat mulut ajak kita orang main spirit of the coin. Ehh yang si Lisa ni pun gatal offer diri nak lukis papan tu.. Dan aku pun gatal nak main jugak hahaha..

Lisa mula lukis papan tu, muka dia memang excited gila la nak buat benda tu. Dah siap papan tu, kita orang nak mula main ni tapi rasa macam tak kena. Wan dengan Ipan bertikam lidah, suasana rasa macam tension la senang cakap. Kita orang mula main jam 11.00 malam. Ayra memang orang pertama duduk belakang sebab dia penakut sikit masa ni. Yang mula main 4 orang Wan, Lisa, Ijat, Paksu.

4 penjuru papan tu kami letak lilin tapi masa tu lilin ada 2 batang je kami patah dua hahaha. Benda ni kena seru, ayat dia ‘spirit-spirit of the coin dari dunia kegelapan ku seru dikau ‘.

Permulaan main memang tak gerak sampai aku cakap tipu la benda ni, haa masa ni mulut aku pun mintak cili gamaknya. Tetiba syiling tu gerak beb, ak terpegun lah kejap siap suruh tanya nama, bila tanya tu ehh merepek pulak nama yang dia kasi kejap huruf A kejap lagi huruf P, geram pulak aku.. Tetiba si Ijat ni gelak cehh dia yang gerakkan rupanya. Memang menyumpah habis la masa ni.

Aku dah malas sangat, aku mintak nak main pulak sebab first round tak ada effect beb. Yang kali ni main aku, Apis, Ipan dengan Paksu. Paksu ni muda sebenarnya tua aku setahun je tapi sebab dia pangkat pakcik member aku jadi aku pun panggil la dia paksu. Okay yang second round ni kita orang start puja balik. Jangan mintak ulang ye sebab aku meremang bila ingat ayat tu. Yang kali ni memang syiling tu gerak tapi aku marah bebudak ni tak payah nak gerakkan ye tapi masing-masing nafi kata dorang letak saja tak tekan pun syiling tu. Jadi aku main peranan aku nak tanya apa nama benda ni.

Aku tanya siapa nama kau? Syiling bergerak beb menunjukkann nama G.A.G.A.N jadi aku assume nama dia Gagan. Aku tanya lagi berapa umur kau ehh gerak lagi pergi kat nombor 85 jadi mungkin umur dia baru 85 atau mati masa umur 85. Tapi bila aku tanya asal dia memang seriau sebab dia pergi kat huruf L.A.N.G.K.A.S.U.K.A !! Langkasuka weh bukan langkawi. Langkasuka tu nama sebelum langkawi, okay jadi dia mati umur 85 dan dia mati sebab dibunuh ye. Yang bebudak laki ni nak mintak nombor semua jadi sebelum jadi lagi teruk baik aku hantar balik.

Kita orang start balik puja “spirit-spirit of the coin pulanglah dikau ke tempat asal mu” tapi dia tak nak weh syiling tu berlegar-legar je kat atas papan. Dia tak pergi kat home jadi aku buat keputusan untuk tanya lagi sekali. Aku tanya kenapa dia tak nak balik dan dia kata B.U.N.U.H okay aku dah seram dan aku beranikan diri tanya kenapa mesti bunuh dan nak tau dia buat apa syiling tu bergerak laju ulang HAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Masa ni Lisa dah menjerit dan dia lari ke pintu dan masa tu yang aku rasa keadaan dalam rumah ibu aku sangat lah kecoh dan tetiba Lisa ni kena sampuk menggelepar atas lantai macam orang kena sawan. Terlepas terus jari kita orang kat atas syiling tu sebab yang penting sekarang ni Lisa. Masa ni yang kami mampu buat tenangkan Lisa dan mintak tolong Paksu ni buat apa yang boleh sebab Paksu ni pandai sikit ilmu agama tapi yang aku pelik kenapa dia ni tak halang masa kami nak main tadi haihh Paksu ni..

Yang si Ayra dah menjerit nangis dah sambil pegang surah yassin. Masa ni aku tak fikirkan dia pun lupa pulak dia ada masa ni. 5 orang weh 5 orang yang pegang Lisa masa tu. Tetiba Ipan pun kena sama sampai nak lari keluar rumah, nasib baik ada yang halang. Jangan tanya kenapa tak ada orang kat luar rumah sebab kau faham je la atas jam 11 malam kawasan kampung ni memang jarang orang nak merambu ramba macam kat bukit bintang.

Paksu tolong Ipan dulu, nasib baik hantu yang dalam badan Ipan tak degil mau keluar. Tapi yang si Gagan ni degil sangat aku rasa. Sampaikan si Predator ni ambil bawang putih dia letak kat depan muka Lisa sambil cakap ‘ keluar kau sekarang ‘ hahaha dia ingat hantu dalam badan lisa tu vampire kot.

Aku skip je la ye sebab kisah yang jadi ni panjang sangat dan benda tu lama jugak duduk dalam badan Lisa sebab dia pandai berlakon kejap okay kejap tak. Aku skip sampai part jam dah pukul 4.30 pagi dan aku rasa semua dah penat nak pegang Lisa jadi aku cuba inisiatif lain dengan cara slow talk dengan dia.. Ni perbualan aku :

Aku : apa yang kau nak dari kami?
Gagan: kenapa ganggu tidur aku?!!!!
Aku : kami minta maaf kami tak tau. Tolonglah keluar, kesian dia ni sakit kau buat macam ni..
Gagan : mulakan balik permainan tu kalau nak aku balik..

Jadi kami mula balik benda tu semata-mata untuk hantar dia balik. Alhamdulillah memang dia keluar tapi selepas dari tu lisa macam tak senang duduk jugak la. Maaf la aku skip sikit sebab memang panjang sangat kalau nak cerita detail dia. Selepas dari tu memang kerap kami kena ganggu. Dan kerap jugak Ijat kena rasuk. Rupanya-rupanya Ijat lemah semangat lepas dari malam tu.

Akhirnya, aku nak cakap tolonglah lepas ni fikir dulu sebelum nak buat apa-apa. Kami dah kena dan serius menyesal beb. Tapi bila ingat balik time Predator letak bawang putih depan muka lisa tu memang aku berdekah. Sorry jugak sebab banyak nama merepek, biasa la budak kampung confirm la ada gelaran dia. Aku tau cerita aku tak sehebat novel tapi ni cerita aku yang nak aku kongsi, sila ambil iktibar walaupun cerita aku tak seram mana pun dan panjang je yang lebih. Jangan korang cuba pulak ayat yang kita orang puja benda tu.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*