Helah Apa Yang Akan Digunakan Mahathir Sekiranya Serangan Melalui DoJ Gagal?

Share This:

Sudah masuk kali kedua, kem pembangkang di negara ini cuba menggunakan nama Department of Justice America sebagai modal mereka menyerang kerajaan. Dalam kedua-dua helah ini, DoJ cuba mengaitkan 1MDB dengan beberapa kejadian salah laku dan penggubahan wang haram di mana 1MDB mahupun PetroSaudi dan Aabar Corporation, langsung tidak terlibat dengan pertuduhan ini.

Seperti tahun lalu, skrip yang sama cuba dimainkan lagi oleh pembangkang yang mana kali ini, mereka cuba mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai penerima sebutir berlian merah jambu yang dikatakan berharga sekitar RM 116 juta daripada Jho Lo.

Hakikatnya, DoJ sendiri seperti takut untuk mendedahkan hal sebenar kepada umum tentang siapakah yang mereka dakwa telah melakukan penyelewengan wang 1MDB di Amerika Syarikat seperti yang kerap dilaungkan oleh Presiden PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam hal ini, Mahathir dilihat seperti mendapat tenaga baru untuk menyerang kerajaan. Walhal, Ketua Armadanya sendiri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mendedahkan bahawa Mahathir lah individu yang bertanggungjawab mengeluarkan belanja sebanyak RM 50 juta kepada Clinton Foundation bagi memujuk DoJ mengeluarkan kenyataan memfitnah kerajaan.

Melihat akan keadaan semasa ini, nampaknya serangan yang cuba diatur oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya melalui DoJ untuk memporak perandakan kerajaan semakin menampakkan kegagalan. Seperti serangan yang pertama, mereka gagal meneruskan momentum apabila satu demi satu pembohongan mereka terdedah dengan sendirinya tanpa perlu melakukan sebarang penyiasatan yang mendalam.

Persoalannya, sekiranya serangan kali ini menampakkan kegagalan, apa lagi rancangan Mahathir untuk meneruskan cita-cita kotornya? Untuk ini, mungkin jawapan paling mudah adalah dengan menggunakan helah lamanya iaitu melakukan hasutan secara berterusan kepada rakyat.

Umum sedia maklum bahawa Mahathir cukup luas pengalaman politiknya. Dia tidak kisah untuk melakukan apa sahaja asalkan memberi keuntungan kepada dirinya. Andai kata serangan kali kedua DoJ ini gagal, tidak hairanlah andai Mahathir memainkan sekali lagi sentimen ketakutan kepada rakyat dengan deretan fitnah yang sengaja direka olehnya.

Namun begitu, Mahathir sedar, serangan DoJ kali ini tidak boleh gagal atas dua perkara. Perkara pertama adalah, ini adalah peluangnya yang terakhir untuk melakukan serangan habis-habisan keatas kerajaan memandangkan Pilihan Raya Umum ke 14 semakin hampir di mana sentimen sokongan rakyat keatas kerajaan semakin hari semakin bertambah.

Perkara kedua pula adalah, dia sudah mengeluarkan modal yang cukup besar untuk menggerakkan gerakan jahat ini. Apa yang menariknya, serangan ini seolah-olah melibatkan PPBM menentang kerajaan sahaja kerana sehingga kini, tidak ada wakil dari PKR, DAP mahupun PPBM turut memainkan isu yang sama untuk menjatuhkan kerajaan.

Masing-masing seolah-olah tunggu dan lihat hasil usaha Mahathir bagi menilai sejauh mana kekuatan Mahathir untuk menumbangkan kerajaan. Jika dinilai dari senario semasa, impak DoJ kali ini tidak sehebat seperti sebelumnya dan ada kemungkinan besar serangan seperti ini akan gagal seperti mana serangan yang dilakukan sebelum ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*