Bersediakah Malaysiakini Serah Pada SPRM Bukti Rosmah Terima Berlian RM116 juta

Share This:

SEJAK beberapa hari yang lepas Malaysiakini menyiarkan kenyataan berbentuk provokasi dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang diketuai DAP berkenaan kalung berlian merah jambu yang kononnya diberikan kepada isteri “Malaysian Official One (MO1)”. Boleh dikatakan setiap hari portal pro pembangkang tersebut berbuat demikian.

Cara Malaysiakini bertindak mengambarkan seolah-olah mereka mempunyai bukti bahawa Datin Seri Rosmah Mansor menerima berlian yang berharga RM116 juta tersebut. Persoalannya, bersediakah Malaysiakini menyerahkan kepada SPRM bukti-bukti Rosmah menerima berlian daripada dari Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low seperti yang mereka dakwa?

Rakyat perlu tahu bahawa dalam saman setebal 251 halaman itu, tidak ada satu perkataan pun menyebut nama Rosmah ataupun Najib. Namun Malaysiakini bertungkus lumus berusaha sedaya upaya memandu cerita agar ianya memberi gambaran bahawa Rosmah terlibat dalam isu tersebut.

Malah Mahathir mencabar Rosmah menyaman DoJ kononnya kerana mengaitkan beliau dengan rantai leher berlian merah jambu 22-karat yang dikatakan berharga AS$27.3 juta (RM116 juta) sedangkan nama Rosmah langsung tidak disebutkan pun.

Kini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk membuktikan bahawa tuntutan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung kalung berlian merah jambu yang diberikan kepada isteri “Malaysian Official One (MO1)” adalah palsu. Tony Pua mengunakan alasan kononnya ia berkaitan dengan butiran yang didedahkan oleh DOJ mengenai cara berlian itu diperolehi.

Pembangkang jelas cuba mengelirukan rakyat dengan hasutan yang berbentuk dakwaan-dakwaan kononnya dibuat oleh DoJ sedangkan dalam kenyataan DoJ tidak ada satu perkataan pun menyebut nama Rosmah ataupun Najib. Oleh itu, adalah perkara yang tidak masuk akal Tony Pua mendesak Rahman Dahlan membuktikan bahawa tuntutan DoJ berhubung berlian yang diberikan kepada Rosmah adalah palsu.

Pengu­muman terbaharu DoJ mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak tertumpu kepada perkara utama iaitu mengenai jenayah yang di­dakwa dilakukan di bumi Amerika Syarikat (AS). Sebaliknya sebahagian besar kenyataan DoJ pada 20 Julai dan Khamis lepas menyebut tentang apa yang berlaku secara dalaman di Malaysia, dan sebahagian lebih besar tidak mempunyai kaitan dengan subjek sama ada jenayah telah dilakukan di AS seperti didakwa.

Rakyat perlu tahu dengan jelas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dinamakan dalam saman itu maka ini menunjukkan bahawa perdana menteri bukan menjadi subjek siasatan.

Isu utama di sini bukan AS atau DoJ tetapi mereka memetik daripada aduan yang mereka terima. Jadi isu di sini ialah siapakah pihak-pihak yang membuat aduan itu kepada DoJ? Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terhadap mereka yang melakukan konspirasi untuk memburukkan negara dan/atau Perdana Menteri dengan niat untuk menghancurkan keyakinan orang awam dan asing ke atas negara ini dan merosakkan ekonomi negara sama dengan mensabotaj ekonomi.

Pendek kata, ini akan menjadi perbuatan khianat di mana mereka yang terlibat boleh dituduh di bawah jenayah melancarkan perang terhadap Agong, jenayah yang membawa hukuman mati jika disabitkan.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*