Van Rempuh Ketika Para Jemaah Meninggalkan Masjid

Share This:

Selepas dua minggu insiden sebuah van merempuh orang awam di kaki lima di London Bridge, kejadian hampir sama berulang lagi apabila sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di Finsbury Park, utara ibu kota London, tengah malam waktu tempatan atau Isnin pagi waktu Malaysia.


Memetik laporan Reuters, kejadian berlaku ketika para jemaah meninggalkan Masjid Finsbury Park, yang mengakibatkan beberapa orang awam cedera dan tiga daripadanya mengalami kecederaan serius.

Manakala Sky News melaporkan, seorang penerbitnya yang berada di tempat kejadian berkata, insiden berlaku sebaik sahaja para jemaah meninggalkan masjid pada tengah malam selepas selesai menunaikan solat terawih.

sumber : https://timesleader.com

sumber : https://timesleader.com

Difahamkan polis yang menerima laporan berhubung rempuhan itu kira-kira 12.20 tengah malam waktu tempatan dan bergegas ke lokasi kejadian berkata, mereka berhadapan dengan ‘kejadian besar’.


Sementara itu, Majlis Islam Britain (MCB) menerusi laman Twitter berkata: “Kami dimaklumkan sebuah van merempuh jemaah ketika mereka meninggalkan Masjid Finsbury Park. Kami mendoakan mangsa.”


sumber : https://timesleader.com/

Helikopter dan berpuluh kereta polis di hantar ke lokasi bagi mengawal kawasan kejadian selepas insiden itu.


Dalam perkembangan lain, BBC melaporkan seorang lelaki berjaya ditahan dipercayai terlibat dalam rempuhan berkenaan.

sumber: Reuters

sumber: https://timesleader.com

sumber : https://timesleader.com

sumber : Reuters

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*