Suspek Kes Rogol Larikan Diri Dari Balai Polis Berjaya Ditangkap

Share This:

Seorang suspek kes samun dan rogol Kampung Rantau Panjang yang ditahan dua minggu lalu telah melarikan diri daripada tahanan polis.

Lelaki warganegara Indonesia itu melarikan diri kira-kira jam 3 petang melalui tandas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Memetik laporan Berita Harian, suspek berusia 27 tahun itu pada mulanya berpura-pura mahu ke tandas untuk membuang air sebelum mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Yusoff Mamat, berkata, “Siasatan polis mendapati suspek mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menariknya untuk membuka ruang baginya melarikan diri dari pejabat Jabatan Siasatan Jenayah.

Satu gerakan mencari sudah dilancarkan untuk mengesan suspek yang turut disyaki terlibat dalam satu kes cabul Mei lalu di Meru.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau ternampak kelibatnya diminta untuk segera menghubungi pihak polis.

7 Jun lalu, suspek dikatakan merogol seorang wanita berusia 34 tahun ketika dia dan dua lagi rakannya memecahkan masuk rumah mangsa di Kampung Rantau Panjang.

Ketika kejadian, suami mangsa sedang tidur bersama anak lelakinya di ruang tamu.

Satu pencarian secara besar-besaran dijalankan oleh pihak polis sebelum suspek berjaya ditahan di Plaza Tol Shapadu Toll Plaza pada 13 Jun lalu.

Suspek berjaya ditangkap di Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 7 pagi tadi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*