Real Sociedad Mahu Januzaj

Share This:

PRESIDEN kelab Real Sociedad, Jokin Aperribay mengesahkan berminat mengikat Adnan Januzaj.

Pemain Manchester United berusia 22 tahun itu bersedia untuk meninggalkan Old Trafford musim ini selepas menjadi pemain pinjaman di Sunderland musim lalu.

Dilaporkan harga perpindahan untuk Januzaj adalah di bawah 10 juta pound (RM48 juta).

“Ya betul. Kami berminat (Januzaj) tetapi belum berbincang lebih lanjut dengan Manchester ataupun dia.

“Kami masih menunggu keputusan Manchester United dan akan mengambil langkah selepas itu. Terdapat beberapa pasukan lain yang turut berminat dengan dia.

“Bukan mudah untuk mendapatkannya,” ujar Aperribay.

Selain Real, Glasgow Celtic dan AS Roma turut bercadang untuk mendapatkan Januzaj.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*