Persepsi Terhadap FGV Perlu Diubah

Share This:

Apapun serangan dan kritikan terhadap Tan Sri Isa Samad, hakikatnya beliau telah berjaya memimpin FGV dari pelbagai serangan untuk menggagalkan cadangan pengapungan sahamnya 5 tahun lalu.

Di sebalik ancaman tindakan mahkamah oleh beberapa pihak dan tindakan “sivil” Koperasi Peneroka Felda membantah IPO FGV, Isa akhirnya menyelesaikan semua masalah tersebut, dan merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan konglomerat kelapa sawit dunia.

Hari ini FGV dengan pendapatan RM 17 bilion merupakan antara syarikat kelapa sawit yang terbesar dan aggresif berkembang.

Malangnya, beberapa isu berbangkit tidak dijelaskan segera menyebabkan ia melarut dan memberi persepsi negatif terhadap FGV, Felda dan Isa Samad sendiri. Walaupun sebahagian besarnya tidak benar, namun propaganda negatif yang tersebar sudah sukar dipulihkan dalam masa terdekat.

Isa boleh mempertahankan diri dan rekodnya dalam FGV. Namun musuh politik dalam dan luar parti terlalu ramai untuk ditangani dalam sekelip mata. Justeru membawa masuk tokoh baru adalah cara cepat kerajaan menangani banyak persepsi tidak betul terhadap FGV.

Pelantikan Abdul Rahman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV adalah satu mekanisme memulihkan persepsi. Abdul Rahman mempunyai reputasi yang baik sebagai Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti dan Pengerusi Telekom Malaysia. Ini akan memberi “feel good factor” terhadap FGV.

Apa pun jangan dilupakan di bawah Isa Samad, FGV tidak pernah melaporkan akaun rugi pada akhir tahun kewangan. FGV juga tidak pernah gagal membayar dividen kepada pemegang saham.

Di bawah kepimpinan beliau juga, Peneroka mendapat dividen melebihi harga pembelian saham. Peneroka hanya membayar RM 3000 lebih untuk lot saham mereka, tetapi telah menerima lebih RM 15 ribu ringgit sepanjang tempoh kewujudan FGV.

Dan percayalah dalam masa beberapa tahun lagi, pembelian ladang-ladang dan pelaburan lain yang dibuat beberapa tahun ini akan memberi pulangan yang lebih kepada FGV.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*