Mudahnya Rakyat Malaysia Terpedaya Dengan Penipuan Pembangkang

Share This:

Sudah terlalu banyak pembohongan yang telah dibuat oleh pembangkang sejak mendapat mandat 89 buah kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum yang ke 13 lalu. Namun, setiap kali ada penipuan terbaru, maka akan berbondong-bondonglah sebilangan rakyat Malaysia akan mempercayai fitnah yang mereka sebarkan hanya semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan.

Terbaru, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa, terdapat penyelewengan berlaku dalam 1MDB yang memaksa pihak mereka menyiasat akan penyelewengan berkenaan. Ironinya, ini bukanlah kali pertama DoJ membuat kenyataan sedemikian kerana sebelum ini, DoJ pernah mengeluarkan kenyataan menerusi Lorreta Lynch bahawa pihak mereka sedang menyiasat beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB.

Dalam kenyataan Lynch sebelum ini, dia mendakwa, penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB ini melibatkan seorang pemimpin tertinggi negara yang hanya di berikan kod MO1 atau Malaysia Official 1. Namun begitu, Lynch enggan mendedahkan nama MO1 berkenaan sehinggalah DoJ akhirnya mengumumkan, siasatan berkenaan secara rasminya di tutup.

Apa yang melucukan, sebilangan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang menyokong pembangkang pantas meletakkan nama Datuk Seri Mohd Najib sebagai MO1. Mereka sanggup mengadakan perhimpunan Tangkap MO1 di Dataran Merdeka dan secara berterusan cuba mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib sebagai MO1 walaupun kenyataan Lynch langsung tidak menyebut nama beliau.

Terbaru, muncul semula kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh DoJ yang cuba menggerakkan modus operandi yang sama. Kali ini, kenyataan berkenaan turut meletakkan isteri MO1 terbabit sama apabila kenyataan berkenaan mendakwa isteri MO1 menerima barang kemas yang dalamnya mempunyai sebutir berlian merah jambu yang bernilai lebih RM 100 juta.

Sekali lagi pembangkang memainkan irama yang sama seperti dakwaan pertama sebelum ini. Paling lantang bersuara adalah Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang pantas mengaitkan Datin Seri Rosmah dalam hal ini. Seperti sebelum ini, kenyataan berkenaan langsung tidak menyebut sebarang nama yang boleh mengaitkan Datin Seri Rosmah dalam hal ini.

Persoalannya, adakah kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh DoJ AS serta dimainkan sepenuh hati oleh Malaysia Kini ini layak dijadikan bukti penglibatan mana-mana pihak dalam dakwaan penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB di Amerika Syarikat? Jawapannya, sudah tentu tidak.

Sebenarnya, sehingga hari ini, DoJ Amerika Syarikat masih gagal membawa kes ini ke mahkamah mengikut kebiasaan kes sivil. Apa yang ada hari ini hanyalah siri kenyataan yang di manipulasikan oleh pembangkang untuk mengaitkan kes ini dengan Datuk Seri Mohd Najib dan isteri. Malah, baik DoJ mahupun pihak-pihak yang mengeluarkan tuduhan, mereka sehingga kini masih gagal mengemukakan sebarang bukti.

Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah cubaan memainkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Sehingga kini, DoJ masih gagal mendakwa walau seorangpun ke mahkamah malah kertas siasatan juga sehingga kkini masih gagal dikemukakan. Adakah ini sudah cukup untuk menjatuhkan hukum kepada pihak yang langsung tiada kena mengena dengan kenyataan DoJ ini?

Jika mahu dihuraikan satu persatu, cukup panjang sebenarnya. Cuma, apa yang boleh dinyatakan adalah, semua ini adalah helah Mahathir dan pembangkang untuk memerangkap Perdana Menteri seperti mana yang telah didedahkan oleh Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada tiga orang Exconya baru-baru ini.

Dengan ketiadaan pendakwaan, kertas siasatan masih belum dibuka serta kegagalan untuk mengemukakan sebarang bukti sahih, semua ini hanyalah helah pembangkang yang diketuai oleh Mahathir demi melangsungkan survivor mereka. Andai ini tidak berlaku, segala kepincangan mereka akan terbuka satu persatu dan mereka terpaksa menagih bantuan asing hanya untuk menutupi sebarang masalah yang mereka hadapi.

Harus diingat, sebarang pertuduhan harus di bawa ke mahkamah beserta dengan bukti, bukannya siri kenyataan yang direka-reka untuk kepentingan seseorang. Kegagalan DoJ membawa kes ini ke mahkamah mengikut prosidur sepatutnya akan membawa kepada implikasi yang cukup besar di mana semua kenyataan yang mereka keluarkan sebenarnya hanyalah sampah yang direka untuk menjahanamkan kerajaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*