Mahathir Dan Anwar, Sama-Sama Pandai Main Helah

Share This:

Kalau hendak tahu, bukan sahaja bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir ada helah dan taktik untuk jadi Perdana Menteri kali kedua, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada helah tersendiri untuk menarik perhatian kepada apa yang dimahukannya.

Siapa sangka, di tengah-tengah perbalahan memetik nama siapa bakal jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), siapa bakal jadi Perdana Menteri, Anwar dari dalam Penjara Sungai Buloh buat pengumuman tarik diri dari mahu jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang.

Sejak dari wujudnya Pakatan Rakyat dulu, Anwar melobi kepada rakyat apa yang akan dilakukan jika beliau jadi Perdana Menteri, membohong pula janji 16 September mahu bentuk kerajaan dan jadi Perdana Menteri, tiba-tiba sahaja sudah tidak berminat dengan jawatan itu.

Senang cakap, Anwar sebenarnya merajuk apabila orang yang memecatnya dahulu dari kabinet diberikan layanan yang melebih-lebih melampaui dirinya iaitu Mahathir sehingga terus mahu dipilih menjadi Pengerusi PH.

Usia Mahathir sejak meninggalkan UMNO kali kedua, menentang Najib, kemudian tubuh PPBM tidaklah begitu lama jika dibandingkan dengan Anwar yang menentang Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1998 dengan menubuhkan PKR.

Mesej Anwar sebenarnya hendak meredakan dulu perebutan jawatan calon Perdana Menteri PH dan fokus pada persiapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Tak mustahil, bila dah reda, dia akan mula bising semula mahukan jawatan Perdana Menteri itu.

Selain kemunculan isu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) pada setiap kali pembangkang berbalah, mesti ada pemimpin dalam pembangkang yang konon timbulkan kegemparan seluruh negara tapi sebenarnya tak ada apa-apa yang berubah pun.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah bersedia untuk menjadikan helah dan muslihat Anwar nampak seakan-akan ia benar-benar terjadi dan tidak nampak seperti satu helah. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*