Kalau Jho Low Dalam Saman Sivil, Kenapa AS Tidak Ambil Tindakan Ke Atasnya?

Share This:

Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan kenyataan terbaru dalam saman sivil untuk merampas aset dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ada menamakan nama ahli perniagaan Jho Taek Low dalam saman sivil berkenaan.

Bagaimanapun, agak pelik apabila dia yang juga dikenali dengan nama Jho Low tidak langsung diambil tindakan kerana boleh keluar masuk dari AS dengan bebas dan menjalankan aktiviti perniagaan di negara itu.

Selain itu, Jho Low sememangnya terkenal dengan gaya hidup berparti dan bersuka-ria di Amerika tetapi pihak berkuasa negara Uncle Sam itu tidak mengambil apa-apa tindakan langsung kepada beliau.

Jika bunyi di dalam dokumen saman sivil itu begitu serius, mengapa Jho Low bebas bergerak ke mana-mana dalam AS dan pihak berkuasa yang terlibat di dalam tidak pun mendapatkan beliau untuk membantu siasatan.

Selain itu, sudah dua kali tindakan saman sivil dilakukan oleh DoJ sudah pasti hasil aduan pihak tertentu dengan asas yang sama selepas kali pertama pada 20 Julai tahun lepas.

Kali ini sekali lagi dengan sebab yang sama DoJ mengambil tindakan yang sama tetapi sekali lagi enggan menamakan siapa sebenarnya Malaysian Official 1 (MO1).

Ini kerana jika MO1 dinamakan dengan nama Datuk Seri Najib Tun Razak, ia barulah secara rasmi nama Najib disebut sebagai terlibat dalam isu yang diketengahkan oleh DoJ membolehkan kerajaan Malaysia masuk campur dan mempertahankan dakwaan itu dengan bukti-bukti hasil siasatan berkenaan.

DoJ tidak mahu berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia oleh sebab itu untuk kerjasama dan siasatan sah kerana mereka sendiri tahu dakwaan yang dibuat tidak kukuh dan hanya berasaskan dakwaan sahaja.

Seakan-akan ada pihak berhubung dengan DoJ untuk menghasilkan saman itu sebelum pihak seterusnya di Malaysia menyambung dakwaan berkenaan dengan memperbesarkan cerita bahawa MO1 itu ialah Perdana Menteri, Najib supaya rakyat ada persepsi bahawa Najib terlibat dalam salah laku melalui satu syarikat pelaburan Malaysia.

Pakatan Harapan (PH) yang seperti menyambut isyarat dari DoJ untuk menjadikan perkara ini besar hasil dari arahan dalangnya yang disebut-sebut iaitu para pemimpin dalam pembangkang. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*