Kabinet Bayangan Zaid Ibrahim, Penuh Kacau Bilau

Share This:

Tidak lama selepas banduan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan menarik diri dari menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), ahli DAP yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan kabinet bayangan PH mengikut firasat beliau.

Dilihat pada barisan pemimpin, susun atur para pemimpin itu nampak lintang-pukang dan bercampur-aduk umpama tangkap muat tapi ada mesej tersendiri.

Zaid, mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH, kekal dengan pilihan yang dibuatnya sebelum ini.

Nama Mahathir ada, tapi nama anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak disebutkan oleh Zaid dalam mana-mana jawatan yang diumumkan oleh beliau, biarpun Mukhriz adalah Timbalan Presiden PPBM di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pasti Zaid tidak mengumumkan kabinet ini mengikut kemahuannya sendiri tapi disuruh berbuat demikian oleh pihak lain yang ingin menyampaikan mesej bahawa perancangan Mahathir untuk mengangkat anaknya tidak diterima PH.

Nama Presiden PPBM, Muhyiddin disebut oleh Zaid sebagai Menteri Minyak dan Tenaga dan syarikat Petronas diletakkan di bawah seliaan kementerian berkenaan.

Susun aturnya jadi carca marba apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Kewangan dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dinamakan sebagai Menteri Pendidikan.

Selain menghasut rakyat agar bersikap perkauman, apa yang Kit Siang boleh berikan sumbangan dalam bidang pendidikan.

Peguam yang sering membuat kontroversi dengan membuat bising di dalam Parlimen, dari PKR, R Sivarasa dinamakan oleh Zaid sebagai Peguam Negara, manakala Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli disebut untuk memimpin Kementerian baru yang menjaga hal ehwal, MARA, Felcra, Risda, FELDA dan Tabung Haji.

Zaid seperti menyindir Rafizi yang tidak banyak membuat tugas untuk rakyat di kawasan Parlimennya sebaliknya hanya menyibuk hal organisasi-organisasi itu dengan fitnah yang palsu.

Jika portfolio sesebuah kabinet hendak diberikan kepada pemimpin dari PPBM, Zaid hanya mengatakan ia akan diberikan kepada pemimpin dari parti itu tanpa sebut namanya siapa.

Mahathir perlu faham bahawa PH tidak menerima Mukhriz untuk berada dalam kalangan mereka sudah pasti DAP mengarahkan Zaid untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu selepas Anwar menarik diri. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*