Dah Sedap Makan Luar Sampai Tak Tahu Minta Maaf

Share This:

Sebenarnya, pernikahan saya dengan isteri telah masuk tahun ke-3. Saya dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berumur 2 tahun. Anak yang sangat comel dan bijak . Isteri tidak bekerja jadi semua tentang anak dia yang uruskan. Oleh kerana ekonomi yang teruk sekarang duit saya selalu tidak mecukupi.

Akhirnya, isteri saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di rumah ibu bapanya untuk kurangkan bebanan kami. Sejujurnya, sepanjang pernikahan kami saya telah banyak kali curang dan kantoi dengan isteri saya, tapi dia tetap beri saya peluang dan kepercayaan.

Sampai saya biarkan teman wanita saya hina isteri saya dan saya langsung tak pertahankan isteri saya. Isteri saya ada penyakit kanser (sekarang dah sembuh) dan teman wanita saya pernah memperlekehkan isteri dan anak saya dengan macam-macam hinaan tapi isteri saya tetap bersabar dan menerima saya.

Saya tetap curang dengan banyak perempuan. Duit belanja saya jarang bagi. Sampai ibu bapanya yang tanggung isteri dan anak saya. Setiap kali saya kantoi saya berjanji padanya untuk berubah tapi saya tetap bersama dengan teman wanita saya itu dan kerap kali terlanjur dengan teman wanita saya dan beberapa perempuan lain.

Sehinggalah pada hari jadi anak saya yang ke-2 pada bulan 5 lepas sekali lagi saya terkantoi whatsapps dengan teman wanita saya. Dia seakan sudah lali dan hanya tersenyum. Sejujurnya saya sudah lama tidak sentuh isteri saya lebih berminat untuk bersama teman wanita saya.

Setiap kali saya balik ke kampung isteri saya. Saya tak pernah bernafsu untuk sentuh isteri saya. Saya nampak mukanya hampa tapi dia tetap layan saya dengan baik makan dan minum saya dia jaga dengan baik.

Dia jarang minta apa-apa pada saya. Saya sendiri sedar yang pakaian dia dah lama tidak bertukar. Lusuh dan nampak buruk sampai saya malu untuk keluar dengan dia. Segala yang dia minta semua untuk anak saya. Tapi dia tak pernah minta untuk diri dia.

Sampailah satu hari dia minta pada saya untuk belikan sesuatu untuk anak saya katanya hadiah untuk hari jadi anak saya. Kebetulan saya dapat bonus untuk raya tapi saya mengamuk jerit-jerit kat dia dan cakap benda tu tak diperdulikan jangan bebankan saya untuk benda yang tak penting dia diam dan terus letak telefon.

Dulu, barang kemas dia habis saya jual masa saya susah dia tak pernah minta saya gantikan. Baju raya dia dan anak pun dia kata dia tak nak padahal baju raya tahun lepas pun dia tak beli. Termasuk hari ni dah 3 hari dia mendiamkan diri. Apa yang patut yang saya lalukan?? Patut ke saya minta maaf padanya??

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*