Adakah Pentadbiran Zakat Di Malaysia Teruk Sangat?

Sudah agak lama, pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini).

Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam. Saya juga menyelia thesis para pelajar PhD. Ramai yang dah siap, dan adalagi yang belum.

Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai.

Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada haikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.

Umpamanya:

Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan. Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi.

Kena jelas perkara ini. Jagan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat. Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah2 pusat zakat/ majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan.

Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti. Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.

Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya. Inipun bukan perkara baru. Banyak negeri dah adapun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf. Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk kat office, tunggu asnaf datang aje.

Sebenarnya, payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf. Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernah pun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita. Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layak pun terima zakat. Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak. Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.

Baca lanjut penulisan Dr.Aznan Hasan
President of Associaton of Syariah Advisory Council,Security Commission

-pru14.tv-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *