Mangsa Kebakaran Tanjung, Ahmad Razif Ucap Takziah

Share This:

Petang semalam, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman tiba ke tempat kejadian kira-kira jam 11.30 malam sejurus tiba dari majlis berbuka puasa bersama rakyat di Dungun.

MB turut menyaksikan anggota BOMBA melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran tersebut.

Menurut Ahmad Razif, kesukaran BOMBA untuk memadamkan kebakaran itu kerana tekanan air dikawasan itu rendah dan beliau turut meminta bantuan Syarikat Air Terengganu (SATU) bagi menambah keperluan air.

“Saya telah meminta bantuan SATU bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran tersebut”

“Alhamdulillah… tiada kemalangan jiwa berlaku dan proses pemadaman kebakaran tersebut berjalan lancar, dalam masa setengah jam lagi akan selesai semuanya insyaallah…”

“Bagi pihak kepimpinan kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat dan pihak kerajaan akan melihat apa-apa keperluan yang diperlukan mangsa selepas selesai siasatan yang dilakukan oleh pihak penyelamat(BOMBA)”

“Saya menyerahkan kepada Pegawai Penyelaras DUN Ladang Datuk Haji Mohd Sabri Alwi untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi mewakili pihak kerajaan negeri”, katanya kepada pemberita malam ini.

Selain itu, menurut BOMBA pihaknya telah berjaya memadamkan kebakaran 70 peratus dan setengah jam lagi akan selasai keseluruhannya.

Mwnurut beliau, sebanyak 6 unit kedai dan 7 buah rumah terlibat dalam kebakaran malam ini.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*