Kerja Harian Mereka Ini, Mempertahankan Hingga Ke Titisan Darah Terakhir

Share This:

Ayat “mempertahankan hingga ke titisan darah terakhir” biasanya didengar dalam sajak atau artikel berkaitan tentera atau perjuangan memelihara kedaulatan sesebuah negara, namun bagi anggota tentera, biasanya ayat itu adalah misi harian mereka setiap hari bertugas.

Bagi personaliti pembaca berita TV3, Izwan Azir Salleh yang juga Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pasukan Simpanan berpangkat Leftenan, beliau berpeluang menghabiskan masa di Kepulauan Spratly atau ia turut dipanggil Gugusan Semarang Peninjau dan ia milik Malaysia.

Beliau berkata beliau ke sana turut sama mengikuti lawatan operasi Panglima TLDM.

“Berpeluang imamkan solat di Stesen Mike, TLDM, di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan.

“Ia juga dikenali sebagai Pulau Mantanani dan yang penting semua kena tahu bahawa pulau ini milik Malaysia dan TLDM akan mempertahankannya sehingga ke titisan darah yang terakhir.

“Ia satu daripada lima terumbu dan pulau Spratly milik Malaysia yang juga dikenali sebagai Gugusan Semarang Peninjau.

” Pulau-pulau ini adalah sempadan Malaysia paling utara,” kata Izwan di laman sosial Facebooknya, Mohd Izwan Azir.

Beliau dalam gambarnya, turut berkongsi perintah harian pasukan TLDM yang berada di kepualauan itu dan misi mereka yang benar-benar mencabar tugas sebagai seorang anggota tentera.

Tertera dengan jelas bahawa mereka mesti dalam apa keadaan sekalipun, misinya iaitu mempertahankan Turumbu Mantanani sehingga ke titisan darah terakhir.

Ia bukan satu gurauan atau sekadar sajak tetapi ia adalah satu perintah yang wajib diikuti memandangkan lokasi berkenaan adalah tanah milik Malaysia yang penting untuk dipertahankan.

Jika kepulauan itu diserang anasir asing yang berniat buruk, pasukan TLDM yang berada di sana mesti mempertahankannya supaya terus selamat.

Di Facebooknya,Mohd Izwan Azir turut berkongsi gambar Pulau Siput atau Erica Reef yang terletak di kepulauan itu yang cukup cantik dengan airnya yang jernih seperti pulau peranginan yang cantik di negara ini.

“Siapa cakap Pulau Siput (Erica Reef) di Gugusan Semarang Peninja, Laut China Selatan cantik, cakap ‘Subhanallah’.

“Harap maaf, hanya tentera boleh rapat ke pulau ini,” kata Mohd Izwan Azir di Facebooknya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*