Video Penyokong Bersih Mengamuk Kedai “Diroboh” Kerajaan PH Selangor

Share This:

AKHIRNYA keluarga Cina di Tanjung Sepat Selangor sedar bahawa kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Harapan diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan yang zalim. Selama berpuluh tahun mereka berniaga di kawasan tersebut ketika Barisan Nasional memerintah, semuanya aman damai dan selamat sahaja.

Kini apabila PH menguasai Selangor maka semua janji untuk menjaga masyarakat Cina telah dimungkiri. Wanita Cina yang merupakan tuan punya kedai menangis teresak-esak. Beliau dengan lantang memberitahu bahawa mereka adalah penyokong Himpunan haram Bersih yang diadakan secara bersiri oleh PH.

Malah beliau turut mendedahkan bahawa YB Ng Sue Lim ada menjanjikan mahu memberi geran pada tanah restorannya.

Mereka mempersoalkan mengapa hanya dua kedai sahaja menjadi sasaran memandangkan semua kedai di situ adalah tanah TOL. Mereka menuntut semua janji-janji yang ditabur oleh wakil rakyat DAP sebelum ini atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap parti tersebut.

Dalam masa yang sama mereka mahu mendedahkan video-video sulit perancangan DAP yang bakal mengemparkan negara memandangkan kebajikan mereka telah terabai. Dalam perkara ini, siasatan yang terperinci bakal mendedahkan agenda jahat parti politik tersebut.

Beberapa orang yang lain pula menjerit, Bersih Bersih. “Kami adalah penyokong Bersih, supporter Bersih, kali ini kedai restoren kami pula yang kena Bersih” kata mereka.

Mungkin video ini bakal membuka mata pengundi Cina yang tertipu dengan propaganda dan janji manis Pakatan Harapan yang diketuai DAP selama ini. Kita memang tahu PH tidak pernah ikhlas membela nasib rakyat Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*