Amerika Semuanya Jahat Kecuali Kes 1MDB

Share This:

Bagi hampir kesemua rakyat Malaysia, antara perkara yang cukup menjadi tabu adalah dakwaan bahawa Amerika Syarikat adalah sebuah negara lubuk kejahatan. Fahaman seumpama ini disemai oleh Tun Dr Mahathir sewaktu dia masih menjadi Perdana Menteri bersandarkan kepada beberapa situasi yang dilihat menekan umat Islam dan kebanyakan negara membangun dan miskin dunia.

Dalam banyak kenyataan, Mahathir kerap kali menuduh Amerika sebagai negara yang menganjurkan pelbagai keganasan dan keporak perandaan dunia. Mahathir pernah menuduh Amerika menjadi dalang kewujudan negara Israel dengan memberikan bantuan secara berterusan kepada negara Zionis berkenaan bagi mengganyang rakyat Palestin.

Mahathir juga pernah mengehntam Amerika apabila negara Uncle Sam berkenaan menyerang Iraq hanya dengan alasan, Allahyarham Presiden Saddam Hussien mempunyai simpanan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon Mass Destruction WMD) yang sehingga kini masih gagal dibuktikan Amerika.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir pernah mendakwa, insiden serangan 911 keatas World Trade Center dan Pentagon didalangi oleh Amerika Syarikat sendiri hanya untuk mewajarkan tindakan Amerika untuk menyerang negara Islam. Malah, Mahathir pernah menyatakan, Amerika melakukan penyembelihan besar-besaran apabila bertindak menyerang Afghanistan.

Lebih hebat lagi, Mahathir pernah mendakwa, Amerika menerusi George Soros dan beberapa individu lain termasuk keluarga Rockafellar menjadi penaja kepada cubaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan negara menerusi siri demo yang dianjurkannya.

Kesemua diatas adalah beberapa contoh dakwaan Mahathir terhadap Amerika yang secara tidak langsung turut mempengaruhi pandangan rakyat negara ini terhadap Amerika. Namun, disebalik pelbagai dakwaannya ini, Mahathir sebenarnya cukup terdesak untuk mendapat perhatian Amerika sehingga sanggup membayar berjuta-juta Dollar Amerika hanya untuk bertemu Presiden Amerika, George W Bush di White House.

Agak melucukan sebenarnya apabila melihat pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepada Amerika sebagai lubuk keganasan, negara Syaitan dan sebagainya, namun apabila tiba kes membabitkan 1MDB, Amerikalah negara paling adil dan saksama di dunia. Lihat sahaja bagaimana dia begitu giat menjaja kisah siasatan kali pertama Jabatan Keadilan Amerika sewaktu Loretta Lynch mengumumkan siasatan mereka keatas 1MDB.

Pelbagai dakwaan dia lemparkan terhadap kepimpinan negara termasuk Datuk Seri Mohd Najib yang didakwanya telah mencuri wang negara. Secara tiba-tiba Mahathir menganggap apa yang dilakukan Amerika ini sebagai satu tindakan heroic demi kepentingan negara. Walhal sebelum ini, dia sendiri menidakkan sebarang campur tangan Amerika kedalam urusan pentadbiran negara.

Masih ingat dengan dakwaannya bahawa FBI dan CIA sedang bersiap siaga untuk menahan Datuk Seri Mohd Najib yang dituduhnya sebagai MO1? Apa yang melucukan adalah, sudah dua kali beliau ke Amerika namun FBI, CIA, NSA mahupun apa jua agensi siasatan, langsung tidak pernah menahan apatah lagi menyentuh Perdana Menteri. Malah Scotland Yard sendiri tidak pernah meletakkan nama beliau sebagai orang yang dikehendaki.

Kes terbaru siasatan Jabatan Peguam Amerika sekali lagi memberi nyawa baru buat Mahathir untuk menyerang Datuk Seri Mohd Najib. Sekali lagi Amerika dianggap sebagai negara hebat apabila berani menyiasat kes membabitkan 1MDB dan sekali lagi Mahathir mempercayai apa yang disebarkan oleh DOJ dan menjaja kisah ini ke seluruh negara menyatakan Datuk Seri Mohd Najib sah bersalah.

Walhal, sebelum ini dia sendiri telah beberapa kali mengakui dia tidak ada bukti yang boleh menyabitkan Datuk Seri Mohd Najib telah menyelewengkan wang 1MDB. Malah, 1MDB sendiri mengakui duit mereka tidak hilang. Lebih menarik lagi, lebih 7 agensi penyiasat telah menyiasat 1MDB mendapati, tiada sebarang kehilangan wang di dalam 1MDB.

Ingin ditanyakan kepada Mahathir, atas asas apakah dakwaan Mahathir ini? Nampaknya, Amerika hanya bersikap buruk kepada negara luar tetapi akan memuji melambung tindakan DOJ Amerika menyiasat apa sahaja kes yang membabitkan 1MDB. Inilah sikap dan belang sebenar Mahathir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*