Wanita Korea Gayakan Sampin Sebagai Skirt Di Bazar Ramadan

Share This:

Mungkin disebabkan warga Korea mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menggayakan seni fesyen sehinggakan kini trend fesyen di Korea boleh dikatakan agak moden dan trendy.


sumber : Facebook Asip’s Burger Bachang.

Baru-baru ini, bertempat di bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall, Melaka memperlihatkan seorang warga Korea bertindak menggayakan sampin yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki sebagai skirt.


Memetik laporan mstar, gelagat spontan wanita Korea itu mengejutkan si penjual dan orang ramai di sekeliling yang menganggap apa yang dilihat sebagai sesuatu yang lucu dan tidak pernah terfikir untuk dibuat oleh wanita lain.


Gambar wanita berkenaan sempat dirakam dan kemudian memuat naik gambar-gambar tersebut di Facebook.


sumber: Facebook Asip’s Burger Bachang.

Apa yang berlaku ini mendapat maklum balas postif daripada netizen yang rata-rata menganggap ia sesuatu yang ‘kreatif.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*