Pengemis Didapati Ada RM5000 Dalam Akaun, JKM Syak Dimanipulasi Sindiket

Share This:

Seorang wanita Rohingya pemegang kad pelarian UNHCR mengejutkan anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menahannya apabila didapati mempunyai RM5,000 dalam akaun ketika operasi bersepadu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di dua bazar Ramadan di Masjid Tanah, bermula jam 4 petang hingga 7 malam kelmarin.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata wanita berusia 50 itu sudah enam kali ditahan dalam tempoh dua tahun kerana kegiatan mengemis.

“Kerajaan negeri memandang serius kegiatan ini dan akan memantau secara lebih kerap kerana dikhuatiri golongan terbabit dimanipulasi oleh sindiket tertentu.”

Sementara itu, Latipah berkata sepanjang tempoh lima bulan tahun ini, seramai 89 pengemis dan kutu raya dikesan melakukan kegiatan mengemis, yang mana 52 adalah warga tempatan, manakala bakinya warga asing.

Sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 121 golongan sama ditahan dengan 100 daripadanya warga tempatan, baki selebihnya warga asing

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*