Pembangkang Asyik Berbalah Bila Layan Kehendak Mahathir

Share This:

Ketika Tun Mahathir Mohamad menyuarakan hasrat untuk tubuh parti baru dan sertai pembangkang, gabungan parti pembangkang sudah mula bergoyang dengan pelbagai pendapat sama ada mahu menerima Mahathir atau tidak.

Kini selepas Mahathir kata hendak jadi Perdana Menteri sekali lagi jika diperlukan pakatan pembangkang, sekali lagi mereka berbalah.

Mereka akan terus berbalah mencari tempat serta jawatan yang sesuai untuk Pengerusi PPBM itu kerana percaya Mahathir boleh membawa kejayaan kepada mereka jika bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Parti dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP, PKR, PAN dan PPBM dicadangkan supaya melantik Mahathir menjadi Pengerusi gabungan itu manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai Presiden PH.

Perbalahan tercetus apabila PKR enggan terima cadangan itu apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju Mahathir dipilih mengetuai pakatan mereka. Dalam struktur cadangan, Anwar kekal sebagai Penasihat untuk PH.

Anwar bimbang, Mahathir yang popular dengan langkah cantas mencantas orang, akan mencantas dirinya selepas menunggu lama untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang.

DAP dan PAN mahu sangat Mahathir mengetuai PH kerana mereka tahu selepas Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau akan mudah disuruh buat itu dan ini asalkan keinginan awalnya dipenuhi.

Bagi DAP, PKR juga tidak penting sebenarnya kepada mereka kerana Anwar juga dijadikan alat oleh DAP memandangkan ramai rakyat konon simpati dengan dirinya yang dipenjarakan akibat jenayah meliwat.

Jadi, selepas datang Mahathir, prospek masa depan untuk PH menang dalam PRU14 lebih besar jika Mahathir mengetuai mereka dan bukannya Anwar kerana rakyat kebanyakannya sudah percaya bahawa Anwar memang meliwat mangsa, bukan menuduh ia adalah konspirasi rakyat.

Bagi DAP, kemenangan adalah utama dan bukannya individu yang memimpin. Bagi mereka Anwar sudah boleh dikira gagal kerana sudah berapa kali PRU, pembangkang masih belum dapat menang di peringkat Persekutuan dan membentuk kerajaan. Mungkin mereka sudah mula rasa masanya sudah tiba untuk meninggalkan Anwar. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*