Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Orangnya Sangat ‘Humble’

Share This:

Amat memilukan hati, tragedi yang berlaku pada pesawat pejuang Hawk 108 yang melibatkan 2 juruterbang maut di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman. Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31. Kejadian ini amat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga.

Tidak lama selepas kejadian tersebut, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Farid Abu Bakar telah memuat naik satu status yang menggambarkan kepribadian arwah Mejar Yazmi Mohamed Yusof.

Aku takkan boleh lupa jasa arwah Mejar Yazmi Yusuf kat aku masa kami di STAR dulu bila dia kasi pinjam kasut turf dia waktu aku nak pegi selection hoki untuk wakil daerah Kinta U15. Budak kampung macam aku tak mampu nk beli kasut turf hoki waktu tu. Main pun pakai boot bola je. Tapi sebab nak terpilih wakil daerah, pakai kasut turf katanya akan lebih tinggi peluang, dia kasi aku pinjam kasut dia. Dan dengan kasut tu lah aku dapat wakil Kinta dan bukan setakat waktu selection je, sampai habis tournament aku pinjam kasut tu. Nampak mcm simple, tapi aku rasa besar sangat jasa dia tu utk aku.

Dia senior aku. Mana nak cari senior yang boleh kasi junior pinjam kasut wei. Arwah very humble, sangat baik hati dan seorang senior yang paling rapat dengan junior dalam team hoki. Seorang pengawas, dan pembahas di STAR. Orang baik macam ni pasti kita akan kenang.

Rasa kehilangan yang sangat besar. Takziah untuk keluarga arwah. Semoga beliau tenang di sana. Amin!!

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*