Kecewa, Antonio Conte Sedia Tinggalkan Chelsea

Share This:

ANTONIO Conte mula meragui masa depannya bersama Chelsea selepas kelab itu dilihat gagal dalam perjalanan ke musim depan.

Pakar taktikal dari Itali itu juga melihat skuad The Bules berdepan musibah pada musim depan termasuk mempertahankan gelaran Juara Liga Perdana Inggeris.

Conte menyertai Chelsea musim lalu dan terus membawa kejayaan kepada kelab berkenaan seperti yang dilakukan di Juventus.

Berikutan itu skuadnya bakal beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim depan yang lebih mencabar.

Bagaimanapun pengendali berusia 47 tahun itu tidak gembira ketika ini apabila kelab tersebut menyepikan diri daripada aktiviti pemindahan pemain.

Menurut Daily Record, Conte kini menuntut untuk melakukan perbincangan secara terus dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich berbanding Marina Granovkaia.

Ini kerana selain mendapatkan pemain, Conte juga mahu merombak barisan kejurulatihan di bawahnya supaya lebih efisyen pada musim depan.

Conte mempunyai kontrak bersama Chelsea sehingga 2019.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*