Insiden Ganggu Sensitiviti Umat Islam, Agenda Halus Evangelisme?

Ketika Ramadan sudah memasuki 10 hari terakhir di mana ia merupakan tempoh paling berkat dalam bulan mulia ini dalam agama Islam, nampaknya ada pihak yang ada kaitan dengan agam Kristian banyak mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Mengapa sebelum hari-hari terakhir Ramadan atau di bulan-bulan lain mereka tidak melakukan perkara-perkara sebegini seperti ada agenda tersembunyi pihak tertentu.

Di Pulau Pinang, dikhabarkan ada usaha untuk menjadikan negeri itu menjadi sebuah bandar Kristian kerana di negeri itu terdapat kumpulan Evangelis Kristian yang kuat serta ada hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Ada satu cadangan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian dijadikan agama rasmi negara Malaysia. Isu ini dibangkitkan dalam satu sesi perbahasan dalam Dewan Negara di Parlimen apabila seorang Senator lantikan parti DAP, Senator Dr Ariffin SM Omar berpendapat tiada masalah untuk cadangan itu dilaksanakan.

Ia nyata mencetuskan kemarahan orang Islam kerana Perlembagaan Persekutuan Islam merupakan agama persekutuan dan perbuatan ini hanya dilihat sebagai provokasi ke atas umat Islam.

Kemudian, ada pula majlis berbuka puasa yang diadakan khas untuk golongan yang menyokong Lesbian, Gay, Bisex, Transgender (LGBT) dianjurkan Kempen Pelangi yang diketuai oleh Ketua Organisasi DAPSY Subang, Numan Afifi pada 10 Jun lepas.

Ia diadakan di pejabat sebuah organisasi dikenali Loyar Burok di Bangsar.

Mengapa perlu diadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh para penyokong LGBT tempatan ? Numan juga berbangga apabila majlis iftar yang dihadiri oleh pengamal budaya songsang yang dilarang oleh Islam itu berjaya diadakan.

Bagaimanapun, amalan ini biarpun dihalang dalam Islam, tapi bagi mereka yang bukan beragama Islam, mengamalkan seks songsang dibenarkan bercinta sesama jenis.

Mereka golongan Evangelis ini cuba menyebarkan dakyah kononnya mereka menyokong kumpulan ini seperti menyokong golongan yang tertindas.

Kemudian, kejadian Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong yang dihalau oleh orang ramai kerana mengagihkan kurma di sebuah bazar Ramadan di sana biarpun dilarang masuk juga nampak sengaja mencipta kontroversi ketika umat Islam sedang berpuasa.

Gerakan Evangelisme ini adalah satu gerakan di mana mereka menyebarkan dakyah Kristian kepada orang ramai khususnya cuba menarik umat Islam untuk murtad dan kemudian memeluk agama Kristian. Ia jelas menggugat keharmonian negara.

Kekecohan sebelum ini penganjuran sambutan Jerusalem Jubilee baru-baru ini juga terbukti adalah dari perancangan agenda mereka yang mahu menyebarkan faham Kristian secara tidak sihat dalam negara ini yang majoritinya umat Islam.

Begitu juga lah dengan perjuangan DAP yang majoriti ahlinya adalah orang Cina beragama Kristian. Sebab itulah mereka mahu menjadikan Pulau Pinang Bandar Kristian kerana negeri itu dikuasai oleh DAP.

Pergerakan Evangelis ini perlu dibendung dan beberapa pihak sudah mencadangkan diwujudkan satu akta khas menghalang atau mengawal penyebaran dakyah Kristian di negara ini terus berleluasa sehingga merosakan akidah umat Islam. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*