Dulu Solat Tarawih Ekspres, Kini Solat Berjemaah Sambil Berjoget Pula

Share This:

Jika anda masih ingat, pada bulan Ramadan 2016 heboh di internet memperkatakan mengenai sebuah rakaman video solat Tarawih “ekspres” yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia.


Menerusi video bertajuk “Heboh Shalat Tarawih Tercepat di Pesantren Mambaul Hikam Mantenan, Udanawu, Blitar”, ia menunjukkan solat Tarawih sebanyak 23 rakaat termasuk Witir dikerjakan dalam masa 7 minit sahaja.


Lebih memeranjatkan, “tradisi” itu rupa-rupanya sudah diamalkan di masjid sama sejak 160 tahun lalu.


Kredit foto – SAYS

Sejak semalam, tular sebuah video di laman Facebook memaparkan satu lagi solat berjemaah cara pelik dipercayai berlaku di Indonesia.


Melalui video berdurasi 51 saat itu menyaksikan puluhan jemaah wanita dan lelaki sedang berjoget di dalam sebuah masjid. Berkemungkinan besar kejadian ini terjadi ketika solat Tarawih.



Netizen yang menyaksikan video itu menganggap perbuatan tersebut sebagai ‘sesat’ kerana cara solat seperti itu bukan ajaran Islam.






Menurut salah satu rukun solat yang diajar dalam agama Islam, solat hendaklah dikerjakan dengan tertib, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*