Chef Jamie Oliver, Beri Makanan Percuma Kepada Mangsa Kebakaran London

Share This:

Personaliti Chef Antarabangsa, Jamie Oliver mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada puluhan mangsa kebakaran Grenfell Tower di North Kensington, London, semalam.

Menerusi laman Instagramnya, chef selebriti itu menyarankan kesediaan beliau untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan makanan dan tempat tinggal sementara kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Oliver meminta mangsa untuk melawat restoran miliknya, Jamie’s Italian yang terletak di Westfield, hanya kira-kira 2 km dari lokasi kejadian.

“Kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran Grenfell Tower hari ini, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke restoran saya – anda akan diberi makanan dan minuman oleh pasukan saya.

“Kedai saya terletak di Westfield, tidak jauh dari lokasi kejadian. Makanan dan minuman adalah percuma, anda hanya perlu bertemu dengan pengurus saya, Juan dan mereka akan sediakan yang sepatutnya,” kata Jamie.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, blok pangsapuri 27 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan penghuni yang turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan turut berada di tempat kejadian.

Polis mengesahkan terdapat ”sejumlah kematian” manakala London Ambulance Service berkata 50 orang dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*