Suami Tidur Di Ruang Tamu, Isteri Dirogol Dalam Bilik

Share This:

Awal pagi semalam, seorang wanita dirogol penyamun selepas rumahnya di Kampung Rantau Panjang di sini, dipecah masuk perompak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata dalam kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa berusia 34 itu yang tidur di dalam biliknya, dikejutkan dengan kehadiran tiga perompak.

Katanya, seorang suspek dipercayai warga Indonesia memintanya mendiamkan diri dan tidak menjerit sebelum mangsa dirogol manakala dua lagi suspek berada di luar bilik.

“Mangsa diugut jika dia menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu rumah itu akan dibunuh, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas suspek melarikan diri, mangsa mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu. “Mangsa turut mengadu dia diacukan pisau oleh suspek,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, sebaik dimaklumkan, suami mangsa dan jiran cuba mengejar suspek namun gagal.

Katanya, suami mangsa kemudian membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan menemui kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah itu.

“Mangsa kemudian menyedari beg duit berisi kad pengenalan dan wang tunai berjumlah RM300 turut dilarikan,” katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk pemeriksaan dan disahkan trauma.

Sementara itu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*