Sepuluh Isteri Tinggal Dibawah Satu Bumbung, Hobi Kiyai Madura

Share This:

KEKAYAAN bukan lesen untuk beristeri ramai dan bukan juga lesen untuk melanggar hukum Allah s.w.t. Seorang lelaki Indonesia  KH Masyurat Usma, pengusaha berjaya mempunyai sepuluh orang isteri yang tinggal di bawah satu bumbung di Wilayah Sumenep, Madura, Jawa Timur.

Beliau dilihat tidak peduli kepada hukum Islam yang melarang beristeri lebih daripada empat apabila menurut hawa nafsu dengan berkahwin dengan sepuluh orang perempuan. Ironinya tindakan tersebut tidak dihalang pula oleh kerajaan Indonesia.

Masyurat seorang pengusaha sarang burung walet itu berkahwin dengan kebanyakan isteri-isterinya pada usia mereka  sangat mentah iaitu seawal 9 tahun.

Keuntungan perniagaan burung walet Masyurat setiap tahun mencecah Rp 2 miliar. Sementara itu perniagaan tembakau pula mendapat keuntungan hingga Rp 21 miliar.

Rumah Masyurat didirikan di atas tanah seluas sekitar 1 hektar di Dusun Tarbung, Desa Lenteng Barat, Kecamatan Lenteng. Rumah lima tingkat tersebut mempunyai 142 bilik.

Di sisi kiri dan kanan terdapat menara mirip masjid dan dari kejauhan rumah mewah itu nampak jelas.Rumah mewah itu juga dikelilingi pagar besi setinggi  2 meter dan ditanami pohon-pohon hias.

Di bangunan utama, iaitu sisi kanan adalah tempat 10 isteri dan anak-anak Masyurat tinggal satu bumbung. ‎Di tengah-tengah bangunan, terdapat masjid. Di masjid tersebut, selain digunakan solat berjemaah oleh 10 isteri Masyurat, juga digunakan penduduk setempat untuk solat lima waktu. Bagaimana seorang yang terang-terangan melanggar hukum Allah ini menyediakan masjid untuk kesemua 10 isteri dan penduduk kampung untuk mendirikan solat?

Pada bahagian belakang bangunan utama, juga terdapat gudang berukuran sama dengan bangunan utama. Gudang tersebut selalu terkunci. Inilah tempat burung-burung walet yang banyak memberi rezeki kepada Masyurat.

Untuk makluman, sebelum ini ada lelaki memiliki ramai isteri iaitu syekh Puji yang tersohor kerana menikahi gadis bawah umur. Kemudian ada seorang dukun bernama Eyang Subur yang merupakan guru spiritualnya kebanyakan artis ini (yang setelah berdialoq dengan pihak MUI ternyata tidak hafal Al-Fatihah) memiliki sembilan isteri.

Lima dari sepuluh isteri Mashurat dinikahi sewaktu mereka masih muda dan yang pasti setelah haid iaitu Ernawati (ketika kelas VI SD), Hindun (dikawini tatkala kelas 1 SMP), Maskiyah ketika masih 15 tahun, Sahama dinikahi ketika kelas IV madrasah ibtidaiyah (setingkat SD) dalam usia 10 tahun, dan Linda Yusniah dinikahi ketika belum genap 17 tahun.

Menurut salah seorang isteri kyai Mansyhurat yang bernama Hajah Maskiyah, ada juga isteri KH Masyhurat yang sudah tua ketika dinikahi, iaitu istri terakhir KH Masyhurat, Hajah Zubaidah yang dikawin sewaktu dia telah berumur 45 tahun. Isterinya Hajah Maskiyah menganggap Mashurat kahwin bukan kerana nafsu, melainkan ibadah dan dakwah.

Bagaimana perbuatan melanggar hukum Islam boleh dianggap sebagai dakwah pula? Seorang yang bergelar kyai haji tentulah seorang yang berilmu dan seorang yang dijadikan panduan di tengah masyarakat. Namun apabila ditanya alasan dia memiliki isteri sampai sepuluh orang ini, jawabannya sangat mudah sekali: “saya senang….!”

Persoalannya berkenaan halal haram perbuatan tersebut.Batasan jumlah isteri yang diperbolehkan adalah empat orang saja. Lebih dari itu, maka hukumnya dengan zina. Jadi dari isteri ke lima dan seterusnya, anak yang dilahirkan dari isteri tersebut adalah anak zina. Dan setiap jima’ (berhubungan suami istri) yang dilakukan kepada istri ke lima dan seterusnya hukumnya sebagai perbuatan zina, karena Allah dan Rasul-Nya Shalallahu’alaihi wasallam telah mengharamkannya.

Dalam Surat An-Nisa’ ayat ke 3 sebagai berikut:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. An Nisa’: 3).

Walaubagaimanapun Masyurat yang mengundang fenomenal dengan sepuluh orang isteri yang hidup rukun dalam satu rumah itu telah meninggal dunia setelah menderita penyakit sesak akut.

  • PRU14.tv

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*