Rafizi Sudah Boleh Diangkat Sebagai Ikon Penglipurlara Paling Karut Abad Ini

Share This:

Sudah acapkali sebenarnya Rafizi Ramli menabur fitnah hanya semata-mata mahu merosakkan imej kerajaan. Sudah terlalu kerap, penipuan yang dilakukan Rafizi di dedahkan namun apa yang menariknya, masih ada dikalangan pengikut dan ahli PKR yang mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan Rafizi.

Sebut sahaja apa jua penipuan yang dibuatnya sejak 2008, semuanya telah didedahkan kebenarannya oleh banyak pihak. Dari tuduhan Datin Seri Rosmah Mansur memiliki cincin bernilai RM 25 juta, penglibatan Datin Seri Rosmah dalam pembunuhan model sambilan dari Mongolia, Antantuya Sharibbuu sehinggalah kes NFC, semuanya menyerlahkan betapa kejinya sifat yang ada pada diri Rafizi.

Melihat akan kegagalannya menabur fitnah untuk menjatuhkan kerajaan, Rafizi dipercayai bekerjasama dengan Open Society Foundation milik George Soros untuk menubuhkan sebuah syarikat yang diberinama INVOKE. Menerusi INVOKE, dia mula menyebarkan pelbagai maklumat palsu atau separa masak hanya semata-mata mementingkan kepentingan politiknya.

Menerusi INVOKE, dia dilihat begitu sibuk melakukan tinjauan pendapat yang mana kesemuanya dilihat sebagai usaha Rafizi menunjukkan kredibilitinya sebagai Ahli Parlimen berkaliber pembangkang. Malah, menerusi INVOKE juga, Rafizi kononnya akan memberi jangkaan jangka panjangnya terhadap banyak perkara termasuk harga runcit minyak negara.

Jika masih ingat, pada 6 Februari 2017 yang lalu, Rafizi dalam satu sidang akhbar memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa harga petrol dan diesel akan naik pada Jun 2017. Analisanya ini berdasarkan beberapa maklumat pasaran dan unjuran seperti akhbar kewangan dunia Bloomberg, Menteri Minyak Russia, Alexander Novak dan syarikat-syarikat gergasi minyak.

Dia mendakwa, pada Jun 2017, harga minyak akan mencecah RM 2.70 seliter dan ini membuktikan bahawa kerajaan langsung tidak pandai menguruskan negara. Ulasan yang sama turut diulangi olehnya dalam satu video yang disiarkan menerusi siaran youtube INVOKE yang mendakwa, kerajaan akan gagal mengawal harga minyak dan akan melambung sekitar Jun ini.

Hakikatnya, sepanjang bulan Jun ini, harga tertinggi pasaran runcit minyak adalah sekitar RM 2.11 seliter, jauh lebih rendah dari apa yang dijangkakan oleh Rafizi. Malah, minggu ini, harga minyak berada pada RM 1.98 seliter yang mana terdapat perbezaan sekitar RM 0.72 sen jika bersandarkan kepada jangkaan Rafizi.

Sekali lagi Rafizi menipu dalam hal ini dan ajaibnya, masih ada yang mendakwa kerajaan gentar dengan jangkaan Rafizi sehingga merendahkan harga minyak, jauh dari harga semasa. Tidakkah mereka sedar bahawa Rafizi sebenarnya telah memperbodohkan diri mereka dengan dakwaan yang langsung tidak berasas?

Jadi tidak salahlah kiranya Rafizi kini sudah boleh diangkat sebagai penglipurlara paling gagal dalam abad ini. Semua penipuan dan fitnahnya telah dibongkar sehingga kadangkala kita terfikir, masih adakah maruah dan intergriti dalam diri Rafizi untuk dia pertahankan dengan deretan fitnah dan pembohongannya telah dibongkar?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*