Pesawat Hawk TUDM Dikhuatiri Hilang, Terputus Hubungan 11.30 Pagi

Share This:

Sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terputus hubungan dan hilang pada ketika ini.

Satu kenyataan oleh pihak TUDM menyatakan bahawa pesawat itu dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan di kawasan sempadan antara Terengganu dan Pahang.

Pesawat berkenaan telah berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan pada pukul 11 pagi dan terputus hubungan 30 minit selepas itu.

Menurut TUDM, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan untuk mengesan lokasi pesawat berkenaan.

“Sebarang perkembangan lanjut berkenaan insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*