Muhyiddin Akui UMNO Hebat Dan Sukar Ditewaskan Pembangkang

Share This:

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya ada nada menyesal meninggalkan UMNO apabila sekarang sedar bahawa partinya dan Pakatan Harapan tidak begitu kuat seperti yang dirancangkan sebelum ini.

Beliau akui bukan senang berdepan dengan UMNO sebuah parti yang pernah dianggotainya dulu.

“Bukan senang berdepan dengan UMNO yang saya dulu pernah sertai selama 40 tahun,” katanya.

Dengan nada berat, Muhyiddin yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO menyatakan pakatan pembangkang perlu menghadapi cabaran hebat dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

“Partinya dan parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan terpaksa berdepan tentangan luar biasa dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke14 nanti,” kata Muhyiddin.

Untuk itu, beliau berkata PPBM telah bersetuju membentuk kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh PH.

“Pastinya jalan yang akan kita tempoh bukan mudah kerana yang kita hadapi ialah sebuah kerajaan yang sudah sekian lama saya berada di sana dalam tempoh hampir lebih 40 tahun.

“Untuk menghadapi situasi sebegitu bukan mudah eloklah kita awal –awal lagi menerima hakikat bahawa kita akan hadapi satu tentangan yang luar biasa walaupun bilakah pilihan raya akan diadakan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Moh Buka Puasa anjura PPBM Perak di Jalan Penganjur, Kampung Manjoi, Ipoh semalam. Hadir sama Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengerusi DAP Perak, Ng Kor Ming.

Dalam ucapan itu, beliau turut mendakwa BN dijangka menyalurkan peruntukan bagi membeli sokongan rakyat termasuk bagi kawasan Parlimen mahupun DUN pada pilihan raya nanti.

“Saya dengar ada bertan-tan… bertimbun-timbun barangan yang akan diedarkan ke rumah-rumah ke seluruh negara dimana sahaja ada pengundi disitu akan mereka edarkan,” katanya.

Muhyiddin mendakwa semua ini dilakukan kerana pemimpin BN kini cukup tertekan.

“Kita tahu mereka sudah cukup tertekan… mereka tahu populariti mereka sudah menjunam jatuh… tak pernah berlaku dalam sejarah kita seorang perdana menteri mempunyai tahap populariti yang cukup rendah hari ini dikatakan tak sampai 25 peratus.

“Rakyat yang mengatakan Najib ialah Perdana Menteri tiga suku rakyat Malaysia tidak lagi mengiktiraf Najib sebagai Perdana Menteri jadi hakikat ini mereka tahu dan disebabkan situasi yang begitu tertekan mereka akan guna apa yang ada… kuasa yang ada disalahgunakan, wang ringgit menjadi pertaruhan kerana mereka telah mengamalkan satu tahap rasuah yang begitu berleluasa,’’dakwanya.

Sebenarnya siapa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin tertekan? Adakah dirinya sendiri? – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*