Kes Rogol Isteri Di Bilik, Suspek Berjaya Ditahan

Share This:

Terkini, polis menahan kumpulan ‘Geng Ball Bearing’, yang menyamun dan merogol mangsa, di Plaza Tol Shapadu, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, geng berkenaan yang dianggotai tiga pendatang tanpa izin (PATI) dikesan selepas seorang daripada suspek, menyamun dan merogol seorang wanita berusia 34 tahun, pada 7 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit dirogol seorang daripada suspek, manakala dua lagi menunggu di luar bilik mangsa.

Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa tidur di dalam biliknya, manakala suaminya tidur di ruang tamu. Suspek mengugut akan membunuh suami mangsa jika dia menjerit.

Mohd Yusoff berkata, berdasarkan laporan, suspek yang sama juga mencabul seorang lagi mangsa samunnya di Meru, 27 Mei lalu.

“Bagaimanapun, mangsa berusia 20-an itu hanya dicabul di bahagian dada selain dipaksa untuk memegang kemaluan suspek” katanya pada sidang media, hari ini.

“Suspek tidak sempat untuk merogolnya selepas ibu mangsa merayu supaya anaknya tidak diapa-apakan” katanya lagi. Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga 20 Jun ini.

Menurut Mohd Yusoff, kumpulan berkenaan digelar ‘Geng Ball Bearing’ kerana mereka dikatakan memasukkan bebola besi dalam kemaluan bagi mendapatkan kepuasan ketika merogol mangsa.

Tambahnya lagi, berdasarkan pengakuan, suspek mengaku memasukkan bebola besi itu ketika berada di dalam penjara kerana berkhalwat. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376 KK.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*