Kegiatan Judi Haram Selangor, Siapa Dibelakang Mereka

Share This:

Gejala judi yang berlaku didalam negeri Selangor seakan cendawan tumbuh  selama ini tidak pernah menyedarkan pihak berkuasa  tentang kemudaratannya terhadap masyarakat. Difahamkan berbagai laporan yang telah dibuat kepada pihak Polis namun tindakan dibuat hanya seperti melepas batuk ditangga sahaja.

Rakyat sudah amat muak dan cumuih dengan  kehadiran pusat perjudian haram mahu pun yang dikatakan berlesen. Tindakan membiarkan pusat perjudian  dan meluluskan pusat perjudian baru  dilihat sebagai punca penularannya keruntuhan rumah tangga dan menganggu kehidupan masyarakat sekitarnya.

Pusat hiburan keluarga hanya bayangan kepada pusat perjudian  yang sebenarnya yang sentiasa beroperasi. Terlalu banyak  lesen yang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pusat perjudian  ini.

Saranan dan gesaan agar PBT menjalankan tindakan menyita  pusat pusat ini tidak juga  dilakukan. Rata rata rakyat melihat perkara ini penyebab wujudnya  amalan rasuah terhadap pegwai pegawai PBT  yang  berkenaan.

Kemunculan pusat judi gagalnya dibenteras  disebabkan gejala rasuah dikalangan pegawai atasan polis itu sendiri. Beberapa tangkapan dijalankan  terhadap pegawai polis yang melindungi pusat perjudian ini sedang menghadapi pertuduhan.

Seharusnya pihak polis terus melakukan tindakan tegas terhadap pegawai mereka sendiri dan terus mengaktifkan gerakan membenteras kegiatan perjudian  ini di seluruh negeri Selangor.  Pihak polis juga seharusnya mengesan pegawai mereka yang telibat dalam gejala rasuah  melindungi perjudian ini.

Kegagalan berbuat demikian akan meyebabkan kepercayaan rakyat terhadap pihak polis akan menurun. Rakyat mahu harapakan siapa lagi jika  pihak yang berkuasa terhadap  perkara ini pun sudah dibeli oleh  taukeh pusat perjudian.

Tiada kompromi bagi sesiapa juga yang bersalah dari segi perundangan, penguatkuasaaan dan perkara lain yang berkaitan yang berada di bawah bidang kuasa PBT dan polis. Pada masa yang sama SPRM juga harus bertindak memantau serta membuat siasatan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dalam urusan menjaga pusat perjudian  ini.

Kemuncak tentangan pusat perjudian ini dilakukan oleh Dato Jamal yang mana telah mengambil tindakan sendiri dengan melakukan serbuan  setelah tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis dan juga PBT.

Hasil tindakan tersebut kerajaan negeri telah mengambil tindakan balas dengan merobohkan sebahagian resort yang dimiliki oleh nya dengan alasan tidak mempunyai lesen  walaupun permohonan telah dikemukakan olehnya.

Sekarang kita nampak bukan, bagaimana rakyat boleh mengatakan bahawa pusat perjudian yang tumbuh bagaikan cendawan dilindungi oleh pihak tertentu yang berkemungkinan  mendapat faedah dari kewujudannya.

Sebagai menutup jalan cerita dan melindungi kredibiliti sendiri Azmin sebagai Menteri Besar hanya mampu berkata  “memerlukan kerjasama masyarakat” tetapi apabila masyarakat bersuara tentang hal ini, adakah ianya mendapat perhatian.

Malah rakyat dituduh dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak mempunyai asas yang kukuh. Oleh kerana kekangan  kuasa politik Azmin  hanya dianggap boneka politik, maka isu ini tidak akan dapat diselesaikan mengikut kehendak rakyat.

Ini lah kerajaan berkebajikan yang mengutamakan pusat perjudian dan  pasaran” lender” di Selangor dan dijadikan sebagai hasil untuk dikongsi bersama rakyat.

“Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan, ia bagi menjamin keselamatan masyarakat Selangor dan usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk polis, PBT dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Sebagai “cadangan” Ketua polis  Negara juga  dilaporkan mencadangkan kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana sering didapati pengendalinya menyalahgunakan lesen berkenaan untuk menjalankan kegiatan perjudian.

Jika diamati ayat “menyalahgunakan lesen” ini bermaksud butiran atau maklumat ini telah sampai ditangan  pihak polis dan seharusnya  tindakan berteruasan dilakukan tanpa henti  dibuat. Untuk berlaku adil  seharusnya  SPRM terus memantau pegawai PBT  yang berkenaan  dan membiarkan pusat perjudian haram  dan menyalahgunakan lesen ini ditangkap.

Kegagalan berbuat demikian oleh pegawai PBT akan menyebabkan berlakunya penularan kadar maksiat termasuk perlacuran dilakukan  tanpa sekatan. Tindakan tegas SPRM dituntut oleh rakyat untuk memastikan  pegawai yang terlibat disabitkan  dan dijatuhi hukuman.

Kita sedar adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada polis dalam isu pencegahan judi sedangkan PBT sendiri yang mengeluarkan lesen dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi membendungnya.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*