Ini Bukti Melayu Talibarut Agenda Evangelis, Kristiankan Pulau Pinang

Share This:

Hari ini, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membantah dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Senator Dr Ariffin Omar bahawa tiada salahnya jika Pulau Pinang menjadi bandar Kristian.

Badan pelajar berpengaruh itu menegaskan bahawa kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan dan Artikel 11 (4) yang menyebut bahawa halangan mana-mana pihak untuk menyebarkan agama-agama lain kepada orang Islam.Menerusi kenyataan yang dibuat di laman Facebook milik Presiden GPMS, saudara Zambri Mohd Isa, badan itu juga sangat kecewa dan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Senator Dr Ariffin Omar dan menganggap beliau sebagai “Agen DAP di kalangan Melayu Islam dalam mempromosikan agenda Evangelisme Kristian di Malaysia”. Kata Presiden GPMS itu lagi,

“Malah menerusi kenyataan beliau ini, ia mensahihkan lagi dakwaan bahawa parti DAP adalah bukan sekadar parti politik semata-mata malah, DAP dan pemimpin mereka sebenarnya mendokong agenda Kristian Evangelis ke dalam negara ini”.

Sementara itu, GPMS turut mendesak pihak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas tanpa kompromi untuk menghalang dakyah Kristian Evanelis dikalangan rakyat khususnya orang Islam kerana ianya boleh mewujudkan kacau bilau dan merosakkan keharmonian negara.

“Sekiranya pihak kerajaan mampu membendung ajaran sesat dikalangan orang Islam, maka tidak mustahil kerajaan juga mampu membendung gerakan dakyah Evangelisme Kristian. Kita khuatir nanti apabila kerajaan berdiam diri dan membiarkan pekara ini berlaku berleluasa, ianya akan menimbulkan ketidaksenangan rakyat yang akhirnya mengambil tindakan di luar batas undang-undang” katanya dengan tegas.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*