Higuain Ganggu Perjalanan Morata Ke Old Trafford

Share This:

MANCHESTER United dilapor telah memberitahu hajat mereka untuk menaikkan jumlah bidaan bagi mendapatkan Alvaro Morata selepas gagal dalam percubaan pertama.

Menurut akhbar Cope, agen Morata iaitu, Juanma Lopez telah menemui pegawai Real Madrid untuk memberitahu keputusan pemain Sepanyol berkenaan untuk berhijrah.

Dalam bidaan pertama bernilai £52.4 juta telah ditolak dan kini United dijangka akan menaikkan nilainya sehingga £61 juta.

Bagaimanapun jumlah perpindahan Gonzalo Higuain berjumlah £79 juta dijangka mempengaruhi nilai perpindahan Morata Ke Old Trafford kali ini.

Ini kerana Real merasakan United telah membuat bidaan di bawah nilai sebenar untuk penyerang mereka kerana Higuain merupakan pemain paling mahal berjaya dijual kelab gergasi sepanyol tersebut. kepada Juventus.

Berikutan itu, mereka percaya United perlu menaikkan jumlah bidaan melebihi nilai perpindahan Higuain.

Cope juga mendakwa, Real turut berusaha mengumpul dana bagi mendapatkan bintang muda Monaco Kylian Mbappe berusia 18 tahun yang dianggar bernilai £114 juta.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*