Dongeng Rafizi Tak Menjadi, Padahal Harga Minyak Turun Bawah RM2

Share This:

Berita buruk berkenaan harga petrol yang dihebohkan oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli rupanya hanya dongeng kerana ia tidak berlaku begitu menyerlahkan niat jahat Rafizi memburukkan kerajaan.

Pada 6 Februari lepas, Rafizi dalam satu kenyataan berkata harga bahan api petrol dan diesel akan terus meningkat untuk beberapa bulan akan datang dan harga runcit bagi petrol RON95, boleh mencecah sehingga RM2.70 pada bulan ini.

Sebaliknya harga petrol turun minggu lepas kepada RM2.05 pada 8 Jun dan semalam turun lagi ke paras bawah RM2 iaitu RM1.98 seliter berkuatkuasa hari ini.

Seperti seorang penglipurlara, Rafizi berkata awal-awal bahawa beliau ingin menambah berita buruk dan memberi amaran bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus kekal pada paras yang tinggi.

Ternyata itu semua dongeng rekaan.

Hendak menjadikan dongeng Rafizi lagi mudah dipercayai, beliau kata kononnya memetik unjuran Bank Dunia dan kenyataan dari Menteri Minyak Russia, Alexander Novak berkenaan kenaikan harga hasil dari lambakan bekalan minyak mentah dunia yang bakal berakhir.

Harga RM1.98 ialah harga petrol di tangga ke-11 termurah di dunia dan ia jauh lebih murah dari harga petrol di Nigeria serta lebih murah dari harga bahan api itu di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sejak 1 Jun harga petrol RON95 sudah mula merekodkan penurunan sebanyak 2 sen dari RM2.12 kepada RM2.10. Kemudian, pada tempoh bermula 8 Jun hingga 14 jun ia turun lagi 5 sen kepada RM2.05 sebelum turun lagi untuk tempoh 15 Jun, turun sebanyak 7 sen menjadi RM1.98.

Mengapa apabila trend sudah kelihatan menurun, Rafizi tidak mengeluarkan kenyataan kali kedua memperbetulkan kenyataan awal dan memberikan penjelasan mengapa harga runcit petrol diturunkan bukannya berdiam diri membisu membiarkan rakyat dalam kebimbangan harga akan naik.

Apabila harga meningkat sahaja ia akan menarik perhatian Rafizi kerana itu adalah kesempatan untuk buat kenyataan harga petrol akan terus naik dan ia akan membuatkan kerajaan nampak teruk kononnya menganiaya rakyat.

Kini, rata-rata rakyat berasa lega apabila harga petrol turun buat kali ketiga kerana penurunan ini direkodkan ketika bulan Ramadan berbaki hanya beberapa hari lagi sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri memudahkan orang ramai membuat perancangan hari raya dengan harga petrol yang lebih murah. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*