Claude Puel Tetap Kena Pecat!

Share This:

KHABAR mengejutkan dari Southampton apabila kelab itu memutuskan untuk memecat Claude Puel dari kerusi jurulatih.

Punca pemecatan jurulatih dari Perancis itu masih belum dikenalpasti, tetapi persembahan buruk Southampton di Liga Perdana Inggeris disebut-sebut menjadi alasan penyingkiran.

Prestasi Southampton sebenarnya tidak seburuk mana. Di bawah Puel, 55, mereka menamatkan musim di posisi kelapan.

The Saints juga berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris musim 2016/17 sebelum akhirnya disekat Manchester United.

Namun, Pengerusi kelab Ralph Krueger dilihat mempunyai pertimbangan lain.

Southampton, pada musim lalu hanya mampu menang 12 perlawanan daripada 38 pertandingan, 10 seri dan 16 kali kalah.

“Southampton hari ini mengesahkan telah menamatkan kontrak Claude Puel. Semua di sini mengucapkan terima kasih atas kerja keras dan komitmennya tahun ini. Kami berharap Claude berjaya pada masa depan,” demikian kenyataan rasmi kelab memetik SkySports.

Kelab yang bermarkas di Stadium St. Mary ini juga dikatakan akan mendapatkan pengganti Puel dengan segera.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*